CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27|Reply: 0

[Kedah] Langkawi hab pelancongan kapal layar, tuan rumah MYBOS 2025

[Copy link]
Post time 19-5-2025 01:58 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi hab pelancongan kapal layar, tuan rumah MYBOS 2025

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
18 Mei 2025 04:30pm




Edisi sulung MYBOS 2025 yang berlangsung dari 21 hingga 24 Mei diadakan di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC).



LANGKAWI – Langkawi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelayar antarabangsa apabila menjadi tuan rumah kepada edisi sulung Malaysia International Boat Show (MYBOS) 2025 yang berlangsung dari 21 hingga 24 Mei di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC).

Acara maritim berprestij ini dijangka menarik ribuan pelawat dari dalam dan luar negara, sekali gus menempatkan Langkawi sebagai hab utama pelancongan kapal layar di rantau Asia.


Pameran ini menghimpunkan lebih 33 pempamer dari pelbagai sektor termasuk teknologi marin, pelaburan pelancongan nautika, serta wakil kerajaan dan industri antarabangsa.

Pengerusi MYBOS 2025, Datuk Mohammed Radzi Manan berkata, sambutan yang diterima amat memberangsangkan, sekali gus membuktikan bahawa Langkawi diiktiraf sebagai pusat perhentian utama bagi pelayar global.


"Walaupun ini adalah penganjuran pertama, kehadiran peserta dan pelawat dari serata dunia menunjukkan industri maritim Malaysia mempunyai potensi besar untuk berkembang," katanya pada Ahad.

Menurutnya, selain pameran kapal layar mewah, MYBOS 2025 turut menawarkan forum industri, sesi padanan perniagaan (B2B), serta Malaysia Yachting Conference pada 23 Mei, yang akan membincangkan hala tuju sektor maritim negara.

“Kemuncak kepada acara ialah pelancaran Malaysia Yacht Code 2025 Guideline oleh Jabatan Laut Malaysia, bertujuan memperkukuh regulasi bagi sektor pelayaran negara.

“Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran Motoryacht MYA, kapal layar sepanjang 110 meter yang berdaftar di bawah bendera Malaysia,” ujarnya.


Motoryacht MYA kini berlabuh di perairan Langkawi bagi melengkapkan audit rasmi sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.

Majlis perasmian akan disempurnakan Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan mencemar duli ke majlis tersebut.

https://www.sinarharian.com.my/article/729160/edisi/utara/langkawi-hab-pelancongan-kapal-layar-tuan-rumah-mybos-2025



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039794 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list