CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18|Reply: 0

[Pulau Pinang] TABIKA Perpaduan terbuka kepada semua kaum - JPNIN

[Copy link]
Post time 19-5-2025 01:12 AM | Show all posts |Read mode
TABIKA Perpaduan terbuka kepada semua kaum - JPNIN

Oleh BERNAMA - Mei 18, 2025 @ 9:32pm





Che Roslan (depan, empat dari kanan) bersama penerima anugerah pada Majlis Jasamu Dikenang 2025 sempena Sambutan Hari Guru TABIKA Perpaduan dan TASKA Perpaduan Peringkat Pulau Pinang, hari ini. - FOTO BERNAMA




BUTTERWORTH: Ibu bapa daripada semua kaum digalak memasukkan anak-anak mereka ke TABIKA Perpaduan bagi memupuk perpaduan serta integrasi nasional dari peringkat awal usia kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Che Roslan Che Daud, berkata ini kerana bilangan kanak-kanak Melayu yang mendaftar di TABIKA Perpaduan adalah jauh lebih tinggi berbanding kaum lain, walaupun institusi itu sebenarnya terbuka kepada semua bangsa.

Berdasarkan statistik hingga Februari lalu, beliau berkata, seramai 26,835 atau 76.89 peratus daripada keseluruhan 34,889 murid TABIKA itu di seluruh negara terdiri daripada kaum Melayu, diikuti 1,939 murid India (5.6 peratus), 456 murid Cina (1.3 peratus) dan selebihnya lain-lain kaum serta etnik.

"Walaupun ada penyertaan daripada pelbagai bangsa, statistik jelas menunjukkan kemasukan murid Melayu adalah paling tinggi berbanding kaum-kaum lain.

"Justeru, kita menggalakkan semua kaum turut serta bagi memperkukuhkan integrasi sejak usia awal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang 2025 serta Sambutan Hari Guru TABIKA Perpaduan dan TASKA Perpaduan Peringkat Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Che Roslan berkata, antara elemen membezakan TABIKA Perpaduan dengan prasekolah lain ialah penekanan terhadap nilai perpaduan, Rukun Negara serta interaksi antara kaum yang diterapkan secara berstruktur dalam aktiviti harian murid.

Selain mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Kementerian Pendidikan (KPM), murid turut didedahkan dengan nilai saling menghormati antara kaum.

Ia supaya mereka lebih bersedia untuk bergaul apabila melangkah ke sekolah kebangsaan dengan kefahaman asas mengenai keharmonian dan identiti nasional.

Setakat ini, katanya, terdapat 1,781 TABIKA Perpaduan dan 41 TASKA Perpaduan di seluruh negara.

Beliau berkata, JPNIN kini bekerjasama dengan KPM untuk memperluaskan penggunaan modul perpaduan berkenaan ke prasekolah berdaftar yang lain.

Namun, Che Roslan mengaku wujud persepsi dalam kalangan masyarakat bukan Melayu bahawa TABIKA Perpaduan hanya untuk kaum Melayu.

"Itu tidak benar. Nama 'TABIKA Perpaduan' itu sendiri menggambarkan keterangkuman. Ia dibuka kepada semua bangsa.

"Kita mahu mengubah persepsi ini dan memperbetulkan tanggapan bahawa ini adalah institusi untuk satu kaum saja," katanya.

Justeru bagi meningkatkan penyertaan kaum lain, JPNIN akan memperhebatkan kempen penerangan secara menyeluruh, selain menggalakkan pegawai negeri mengambil kira komposisi etnik dalam pengoperasian TABIKA Perpaduan supaya dapat mengimbangi peratusan murid semua kaum.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1397551/tabika-perpaduan-terbuka-kepada-semua-kaum-jpnin





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048244 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list