CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32|Reply: 0

[Johor] Kempen Internet Selamat bagi tangani peningkatan kes tipu dalam talian

[Copy link]
Post time 18-5-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode


TEO Nie Ching ketika ditemu pemberita selepas Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Johor 2025 di Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang. FOTO Muhammad Najmi Nor’Azam

Johor Bahru: Kementerian Komunikasi melahirkan kebimbangan susulan peningkatan kes penipuan dalam talian membabitkan pelaburan tidak wujud yang kini mencecah hingga RM800 juta, sehingga bulan lalu.

Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata, isu berkenaan dipandang serius susulan ia membabitkan kerugian besar membabitkan wang simpanan rakyat.

Menurutnya, kementeriannya akan menggerakkan Kempen Internet Selamat secara lebih agresif termasuk di kawasan pedalaman selain sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

"Mengikut data Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat bulan lalu, kerugian yang direkodkan akibat penipuan dalam talian adalah sebanyak RM799 juta.

"Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melatih lebih banyak pelatih untuk menggerakkan Kempen Internet Selamat yang akan diperluas ke lebih banyak sekolah rendah, sekolah menengah, IPT serta di kawasan pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Johor 2025, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelaksanaan Kempen Internet Selamat dilaporkan akan diadakan di lebih banyak sekolah rendah, sekolah jenis kebangsaan serta universiti awam di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Nie Ching dipetik berkata, setakat ini, kempen berkenaan berjaya dilaksanakan di sembilan sekolah rendah.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, Kempen Internet Selamat perlu digerakkan secara lebih agresif untuk mendidik generasi muda terhadap persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan terkawal.

"Untuk sekolah rendah, Kempen Internet Selamat akan tertumpu kepada buli siber, manakala pendekatan di sekolah menengah pula bagaimana melindungi privasi peribadi.

"Selain itu, di sekolah menengah dan IPT juga akan ditumpukan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya ia tidak disalah guna termasuk bahaya 'deepfake'.

"Untuk orang dewasa pula, kita akan didik supaya tidak mudah percaya dan berwaspada terhadap skim cepat kaya serta pelaburan tidak wujud dalam talian," katanya.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.033718 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list