CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18|Reply: 0

[Sarawak] Festival Gastronomi Nyamai Sarawak kembali di SCV pada 26-27 Julai: Nancy

[Copy link]
Post time 18-5-2025 07:26 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Festival Gastronomi Nyamai Sarawak kembali lagi tahun ini dengan skala lebih besar pada 26 dan 27 Julai 2025 di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Santubong.

Festival edisi khas Hari Sarawak itu dijangka menarik 20,000 pengunjung serta menampilkan 200 vendor terpilih merentasi tujuh kategori utama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, festival yang bermula sebagai sambutan kecil makanan Sarawak itu kini telah berkembang menjadi satu perayaan identiti rakyat Sarawak yang sebenar.

"Nyamai bukan sekadar makanan. Ia adalah tentang siapa kita, warisan, kreativiti dan semangat komuniti Sarawak.

"Kita perlu terus memelihara dan mengangkat warisan kulinari ini bukan sahaja untuk diri kita tetapi juga untuk dunia," ujarnya pada sidang media di Hotel Telang Usan di sini, hari ini.

Nancy turut mengimbas kembali pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Gastronomi Kreatif UNESCO pada Disember 2021, satu pencapaian membanggakan yang kini memberi tanggungjawab besar untuk memelihara dan mempromosikan warisan makanan Sarawak di peringkat antarabangsa.

Tahun ini katanya, Bandar Gastronomi Kuching dan UNESCO Creative Cities Network (UCCN) terus menjadi rakan strategik Nyamai, termasuk dalam penganugerahan Anugerah Nyamai yang memberi pengiktirafan kepada individu dan organisasi yang menyumbang secara signifikan dalam memajukan budaya makanan Sarawak secara kreatif, lestari dan tulen.

Antara sorotan utama Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 termasuk demonstrasi makanan tradisional dan bengkel seni kraf, persembahan muzik secara langsung, persembahan kebudayaan, aktiviti mesra keluarga dan zon interaktif memaparkan kepelbagaian kulinari Sarawak.

Sebagai tambahan, pakej penginapan eksklusif ‘2 hari 1 malam Nyamai’ diperkenalkan dengan kerjasama Damai Beach Resost, Damai Lagoon Resort dan Permai Rainforest Resort.

Selain itu, satu pertandingan reka bentuk ikon juga dilancarkan sempena festival tersebut dan pemenang akan menerima wang tunai RM5,000 dan reka bentuk mereka akan dijadikan arca tetap di SCV.

Nancy turut mengajak para usahawan tempatan termasuk dalam sektor makanan, seni kraf, kecantikan dan gaya hidup untuk turut serta sebagai vendor dan penaja.

"Ini adalah platform terbaik untuk menjenamakan produk anda kepada 20,000 pengujung," katanya sambil menambah, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.nyamai.com.

Sempena festival itu, kemasukan adalah percuma dan pengunjung hanya perlu menebus pas masuk percuma melalui laman Facebook dan Instagram rasmi Nyamai Sarawak.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SCV Jane Lian Labang, Pengarah UCCN Karen Shepherd, Pengurus Besar Damai Lagoon Resort dan Damai Beach Resort Anthony Lasong, Pengurus Besar Permai Rainforest Resort Nazrul Nasihin dan Pengarah Carus Sport & Event Gordan Chung.

Nancy (tiga kanan) merakamkan kenangan bersama rakan-rakan penganjur Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025. - Gambar Penerangan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.048970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list