CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21|Reply: 0

[Perlis] Raja Perlis tegur penjawat awam abai kepentingan rakyat

[Copy link]
Post time 17-5-2025 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Raja Perlis tegur penjawat awam abai kepentingan rakyat

BERNAMA - Mei 17, 2025 @ 3:38pm




- Foto FB Kementerian Sumber Manusia



ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini menegur cara kerja segelintir penjawat awam berkhidmat di negeri itu, yang didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, mereka perlu menukar budaya kerja berkualiti termasuk membetulkan pengurusan waktu bekerja di pejabat bagi memberi contoh baik sebagai penjawat awam.

"Ada penjawat awam pentingkan diri (berbanding) rakyat. Saya dapat maklumat dan saya sendiri pun ada pengalaman cara-cara mereka bekerja, tetapi bukan tidak boleh berubah, mereka sendiri kena tukar (budaya kerja) sebelum ditukarkan.

"Saya minta penjawat awam yang terbabit mengikut contoh baik ditunjukkan sahabat tuan-tuan dan puan-puan.

"Saya harap pegawai terlibat itu faham maksud saya," titah baginda pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis bersempena ulang tahun keputeraan baginda ke-82 di Istana Arau, di sini hari ini.

Berangkat sama pada istiadat penganugerahan itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Raja Perlis bertitah, baginda mahu Perlis maju ke hadapan seperti negeri lain dan tidak ketinggalan, sekali gus memerlukan kesungguhan setiap pihak dalam menjalankan tugas masing-masing supaya jentera pentadbiran negeri boleh membawa pembangunan kepada Perlis.

Pada istiadat penganugerahan itu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima dan jumlah penerima itu simbolik yang dipilih bersempena Jubli Perak 25 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Perlis yang diraikan bermula pada 17 April lalu hingga 16 April 2026. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1397081/raja-perlis-tegur-penjawat-awam-abai-kepentingan-rakyat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039442 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list