CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 1

Justin Bieber akhirnya jawab dakwaan jadi mangsa keganasan seksual P. Diddy

[Copy link]
Post time 17-5-2025 07:45 AM | Show all posts |Read mode


Wakil pihak pengurusan Justin menjelaskan penyanyi lagu Baby itu tidak pernah menjadi mangsa penderaan seksual P. Diddy seperti didakwa.


Sebaliknya hubungan kedua-dua selebriti itu hanya sekadar rakan baik.


Pun begitu, pihaknya bersimpati dengan nasib menimpa mangsa dan berharap keadilan dapat ditegakkan.


"Walaupun Justin bukan mangsa tapi ada individu lain yang disakti olehnya.




"Jangan mengalihkan tumpuan sehingga menjejaskan keadilan yang sepatutnya diterima mangsa," kata wakil itu seperti dilaporkan TMZ.


Perkara itu kembali menjadi perbahasan netizen susulan perbicaraan kes jenayah pemerdagangan dan keganasan seks membabitkan P. Diddy sedang dibicarakan sejak Isnin lalu.


Sebelum ini, video berdurasi 48 jam tular di media sosial memaparkan Diddy bersama Justin yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah acara.


Video itu tular sebaik sahaja Diddy ditahan atas tuduhan jenayah pemerdagangan dan keganasan seks membabitkan lebih 50 individu pada September tahun lalu.




Ekoran itu timbul spekulasi mendakwa Justin turut menjadi mangsa seksual P. Diddy selain beberapa selebriti lelaki lain seperti Usher, Meek Mill dan Jaden Smith.


Pada perbicaraan hari pertama kes itu, bekas kekasih P. Diddy iaitu penyanyi Cassie tampil memberi kenyataan mendakwa penyanyi rap itu memaksanya melakukan hubungan seks dengan pelacur lelaki tanpa kerelaannya - mStar.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Coverina ke tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list