CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25|Reply: 0

[Kedah] Selisih faham ketika siaran langsung TikTok, 8 lelaki disyaki serang 2 remaja

[Copy link]
Post time 16-5-2025 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Selisih faham ketika siaran langsung TikTok, 8 lelaki disyaki serang 2 remaja

Oleh BERNAMA - Mei 16, 2025 @ 4:55pm






SUNGAI PETANI: Polis menahan lapan lelaki disyaki menyerang dua remaja lelaki berhampiran Taman Kelisa Ria, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar jam 7 malam tadi.

"Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 18 dan 19 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal masing-masing.

"Punca serangan dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa berusia 19 tahun dengan seorang daripada suspek ketika siaran langsung melalui laman TikTok," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hanyan berkata, suspek dikatakan pada mulanya memberitahu mangsa ingin menyelesaikan perkara itu secara baik.

Bagaimanapun, beliau berkata, suspek dan beberapa lelaki lain didakwa menyerang mangsa dengan menggunakan batang besi serta kayu.

Susulan itu, katanya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan pada anggota badan, dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

Beliau berkata, semua suspek terbabit pula direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1396753/selisih-faham-ketika-siaran-langsung-tiktok-8-lelaki-disyaki-serang-2





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040222 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list