CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16|Reply: 0

[Perlis] Nelayan maut dipanah petir

[Copy link]
Post time 16-5-2025 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Nelayan maut dipanah petir

Oleh Aizat Sharif - Mei 16, 2025 @ 2:41pm




Foto hiasan



KANGAR: Seorang nelayan maut selepas dipanah petir ketika dalam perjalanan pulang dari memukat udang di perairan Perlis di Kuala Sungai Padang, Simpang Empat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.50 malam, mangsa Muhamad Faiez Othman, 28 dari Kuala Sanglang meninggal dunia dalam bot nelayan yang dinaikinya bersama seorang lagi rakannya yang juga awak bot nelayan itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab berkata, mangsa sebelum itu keluar untuk memukat udang di sekitar pesisiran pantai Kuala Sungai Padang sekitar jam 7 malam bersama rakannya itu.

"Mangsa dan rakannya keluar menaiki bot dari Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang namun sekitar jam 9.50 malam cuaca hujan beserta kilat di kawasan mereka memukat udang.

"Mangsa kemudian mengambil keputusan untuk pulang semula ke Jeti LKIM Kuala Sanglang dan dalam perjalanan pulang itu tiba-tiba kilat menyambar di sekitar kawasan bot yang menyebabkan mangsa rebah terlentang," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, rakan mangsa terus bertindak menutup enjin bot sebelum mendekati mangsa yang didapati terbaring dan tidak bergerak.

"Rakan mangsa kemudian memanggil rakan nelayan yang berada di sekitar kawasan itu sebelum menghubungi abang kepada mangsa yang berada di daratan untuk meminta bantuan.

"Nelayan lain kemudian membantu membawa mangsa ke jeti LKIM sebelum sebuah ambulans tiba dari Klinik Kesihatan Kuala Sanglang membawa mangsa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar," katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa memakai seluar pendek berwarna hitam serta tidak berbaju dan pemeriksaan fizikal terhadap mangsa mendapati mangsa mengalami pendarahan di telinga sebelah kiri serta melecur di bahagian paha sebelah kanan.

"Mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HTF untuk proses bedah siasat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1396666/nelayan-maut-dipanah-petir





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039164 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list