CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20|Reply: 0

[Pulau Pinang] DUN Pulau Pinang bertafakur kenang jasa Allahyarham Pak Lah

[Copy link]
Post time 16-5-2025 12:15 PM | Show all posts |Read mode
DUN Pulau Pinang bertafakur kenang jasa Allahyarham Pak Lah



Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 16, 2025 @ 11:45am




Ramli (tengah) bergambar bersama barisan ADUN sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Pulau Pinang Ke-15 hari ini. NSTP/MIKAIL ONG



GEORGETOWN: Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 hari ini hening seketika apabila seluruh ahli dewan bertafakur dan membacakan doa bagi mengenang jasa bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia pada 14 April lalu.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib ketika memulakan ucapan istiadat perasmian meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berdoa mengikut kepercayaan masing-masing sebagai tanda penghormatan dan ingatan atas sumbangan serta bakti Allahyarham terutama bagi Pulau Pinang.

"Sebelum sidang ini melangkah ke wacana dan bicara lebih jauh, marilah kita bersama-sama mengambil sedikit waktu untuk mengenang jasa serta sumbangan besar Allahyarham Tun Abdullah yang kembali ke rahmatullah," katanya.

Abdullah, 85, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008 menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 April lalu dan selamat disemadikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan di Masjid Negara.

Ramli turut berterima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang atas inisiatif menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia di Batu Kawan kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menyifatkan langkah itu bukan sekadar simbol penghormatan, malah sebagai manifestasi penghargaan mendalam terhadap jasa dan kepemimpinan Allahyarham.

Beliau berkata, ini berikutan sumbangan Allahyarham dalam membina negara bangsa dan mendorong pembangunan strategik yang memberi manfaat besar kepada Pulau Pinang.

"Semoga nama Allahyarham akan terus mekar dalam lipatan sejarah Pulau Pinang dan terpahat kukuh dalam sanubari rakyat yang sentiasa menghargai jasa serta budinya," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1396593/dun-pulau-pinang-bertafakur-kenang-jasa-allahyarham-pak-lah






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.048745 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list