CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30|Reply: 0

[Pulau Pinang] Parti boleh ambil tindakan jika AJK Cabang ugut letak jawatan - Fahmi

[Copy link]
Post time 16-5-2025 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Parti boleh ambil tindakan jika AJK Cabang ugut letak jawatan - Fahmi

BERNAMA





Datuk Fahmi Fadzil. FOTO MOHD FADLI HAMZAH



Kepala Batas: Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang yang mengugut untuk meletakkan jawatan selepas kemenangan dalam pemilihan cabang baru-baru ini atau cuba menggugat kelancaran perjalanan Kongres Nasional PKR.

Ketua Penerangan parti, Datuk Fahmi Fadzil berkata, individu yang bertindak sedemikian juga berkemungkinan berdepan tindakan disenarai hitam daripada bertanding sekiranya pemilihan Cabang terpaksa diadakan semula akibat peletakan jawatan mereka itu.

"Setiausaha Agung PKR (Dr Fuziah Salleh) ada sebut tadi mengenai beberapa Cabang yang mengugut meletak jawatan AJK hanya kerana mereka tidak setuju atau tidak suka Ketua Cabang (yang menang).

"Apa yang Setiausaha Agung telah sebutkan, sekiranya mereka mengambil tindakan seperti itu (mengugut meletak jawatan) maka keputusan sudah dibuat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Fuziah ialah sekiranya perlu diadakan pertandingan semula, semua mereka yang terbabit dalam tindakan itu mungkin disenarai hitam dan diharamkan bertanding semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Kita Keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo di sini, malam tadi, yang turut dihadiri Fuziah.

Fahmi berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan AJK Cabang Lenggong dan Masjid Tanah yang mahu meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti itu, bulan lepas.

Bagaimanapun, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata setelah maklumat disampaikan kepada AJK dua cabang berkenaan, kedua-dua kumpulan terbabit mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk meletakkan jawatan dan akhirnya membatalkan hasrat berbuat demikian.

Selain itu, Fahmi berkata, perjalanan pemilihan berlangsung dalam suasana meriah malah di peringkat cabang juga aman tanpa sebarang insiden kekerasan, merosakkan harta benda atau mengganggu ketenteraman awam sekali gus menyaksikan pemilihan kali ini jauh lebih berkesan dan baik berbanding sebelum ini.

Sementara itu, mengenai persiapan Kongres Nasional PKR pada 23 hingga 25 Mei ini di Johor Bahru, Fahmi berkata, persediaan berjalan lancar dengan usaha Jelajah Kita Keadilan oleh Pejabat Setiausaha Agung dengan JPP yang pergi ke beberapa lokasi.

"Ia akan terus dilaksanakan hingga minggu depan. Ini adalah langkah yang baik dan neutral, kita tidak membenarkan atau berkempen secara kelompok atau berkumpulan, malah nanti hari pemilihan juga tidak dibenarkan menggunakan "cai" ataupun menu.

"Saya teliti dalam sistem pemilihan, gambar calon-calon dimuat naik dengan semua latar belakang biru muda dan ini juga menunjukkan bahawa kita mengetepikan semua fraksi, kumpulan atau pasukan dalam bertanding sebaliknya kita (bertanding) dalam keluarga besar Keadilan," katanya.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Wanita dijadual berlangsung pada 21 hingga 24 Mei dengan hari pengundian ditetapkan pada 23 Mei.



Disiarkan pada: Mei 16, 2025 @ 10:00am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1219074/parti-boleh-ambil-tindakan-jika-ajk-cabang-ugut-letak-jawatan-fahmi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069396 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list