CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pemilik syarikat didakwa minyak masak lebih had

[Copy link]
Post time 15-5-2025 06:02 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Nizamuddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas lima pertuduhan iaitu memiliki dan memindahkan barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan serta tidak menyelenggara buku stok, tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Nizamuddin Setapa, 28, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik syarikat perniagaan yang memegang lesen borong barang berjadual minyak masak didapati memiliki barang kawalan berjadual berupa 177,530 kilogram (kg) minyak masak melebihi had 10 tan metrik.

Ahmad Nizamuddin turut berdepan dua pertuduhan memindahkan minyak masak berjumlah 3,400 kg yang terdapat di dalam muatan lori selain daripada alamat yang dinyatakan dalam lesen borong dan tidak menyelenggara buku stok.

Kesemua lima pertuduhan itu dilakukan di premis tanpa nama di Kawasan Perindustrian Nilai 7 di Nilai pada 24 Ogos dan 23 Oktober 2024.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22 (4) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara dalam tempoh maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Nor Alimah Mohd Sanusi menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan kerana kes itu adalah serius membabitkan barang kawalan minyak masak bersubsidi.

Sementara, peguam Datuk Sukri Mohamed yang mewakili tertuduh dalam rayuannya berkata, akibat kes itu, perniagaan anak guamnya tidak dapat beroperasi dan dia hilang mata pencarian.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM35,000 bagi lima pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di KPDN Putrajaya setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak menganggu saksi.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 19 Jun depan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.037808 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list