CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25|Reply: 0

[Sarawak] Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi SiADR

[Copy link]
Post time 15-5-2025 07:44 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING:  Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Timbang Tara dan Penyelesaian Pertikaian Sarawak (SiADR) di Astana Negeri hari ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Astana Negeri, delegasi itu diketuai Pengerusi SiADR Datuk Yew Jen Kie.

Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu SiADR serta memaklumkan perkembangan aktiviti dan peranan SiADR dalam mempromosikan penyelesaian pertikaian secara alternatif di Sarawak.

Misi penubuhan SiADR pada 2024 antara lain memperkasa perkhidmatan timbang tara dan mediasi sebagai mekanisme penyelesaian yang cekap, kos efektif dan inklusif dalam kalangan masyarakat dan sektor korporat di Sarawak.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas usaha murni SiADR dalam memperkukuh sistem penyelesaian pertikaian yang bebas dan profesional, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk mempertingkatkan akses kepada keadilan serta memperkasa kapasiti institusi guaman dan kehakiman di negeri ini.

Tun Wan Junaidi juga menyambut baik usaha kerjasama strategik antara SiADR dan institusi-institusi kerajaan negeri dalam usaha memperkasa pembangunan sumber manusia dalam bidang timbang tara, mediasi dan penyelesaian pertikaian alternatif.

Turut serta dalam delegasi tersebut termasuk Timbalan Pengerusi SiADR Senator Robert Lau Hui Yew, Penasihat SiADR Dato Lee Heng Cheong dan Datuk Stephen Chung, Setiausaha SiADR John Ko Wai Seng, Bendahari SiADR Arthur Lee Cheng Chuan, Penolong Setiausaha SiADR Sylvester Lai Tze Yang serta Penolong Bendahari Hii Yew Hing.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044067 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list