CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37|Reply: 0

[Sabah] Sistem eNORES tingkat ketelusan proses pengurusan pekerja bukan pemastautin di Sabah

[Copy link]
Post time 14-5-2025 11:24 PM | Show all posts |Read mode


Kota Kinabalu: Dianggarkan seramai 600,000 pekerja warga asing, yang sebahagian besarnya bekerja di ladang-ladang sawit di seluruh negeri, masih belum berdaftar secara rasmi di Sabah.


Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa bagaimanapun menegaskan angka itu hanyalah anggaran, kerana jumlah sebenar masih belum dapat dikenal pasti.


Tambahnya, Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah), bersama majikan di negeri ini, telah ditugaskan untuk menjalankan proses pendaftaran pekerja secara menyeluruh bagi memastikan tiada pendatang asing tanpa izin (PATI) diambil bekerja di Sabah.


Terdahulu dalam ucapannya, Rosli berkata, usaha merekod dan mendaftar pekerja tidak berdaftar akan dijalankan melalui Sistem Pengurusan Pekerjaan Bukan Pemastautin Bersepadu (eNORES), yang dibangunkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah.


“Sistem eNORES merupakan satu sistem yang menyeluruh berkaitan pengurusan penggajian pekerja bukan pemastautin bermula daripada rekrutmen, penggajian sehinggalah penghantaran pulang pekerja yang melibatkan 12 modul utama.


“Sistem eNORES ini dijangka akan memberi manafaat kepada 187,000 majikan dan 2.1 juta pekerja tidak termasuk PATI dan ‘undocumented’ (tidak mempunyai dokumen),” katanya ketika merasmikan Konvensyen Tripartite Perburuhan Sabah: Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 sempena Jelajah Pendidikan Perburuhan siri 1/ 2025, di sini, hari ini.


Jelajah Pendidikan Perburuhan Siri 1/2025 yang melibatkan lapan program utama akan berlangsung selama tujuh hari, bermula di Kota Kinabalu sebelum ke Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Keningau dan berakhir di Tenom pada 21 Mei ini.


Antara pengisian utama program jelajah tersebut termasuklah pelancaran sistem eNORES pagi tadi. Rosli berkata pelancaran sistem eNORES yang merupakan satu pencapaian besar dalam usaha pendigitalan tadbir urus tenaga kerja bukan pemastautin di negeri Sabah.


Turut diadakan ialah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi capaian sistem eNORES bersama tujuh agensi kawal selia berkaitan iaitu Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah; Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah; Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan Sabah (DIDR); Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Pertanian Sabah; dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).


“Tujuan MoU ini adalah untuk membolehkan agensi kawal selia membuat akses bagi memperolehi data yang berkaitan dengan jabatan masing-masing dalam memudahkan dasar dan perancangan dibuat dan dilaksanakan,” kata Rosli sambil memaklumkan bahawa majlis disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Datuk Ts. Dr. Fazidah Abu Bakar.


Rosli juga memaklumkan bahawa JTK Sabah telah mendapat persetujuan untuk perkongsian data melalui integrasi sistem bersama dengan PERKESO iaitu MyFuturejobs, dan ASSIST; Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu MySSM; Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu NIISe dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Antara program lain adalah Konvensyen Perburuhan, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR); dan sesi dialog bersama 200 pekerja Ladang Sabah Softwood Sdn Bhd berkaitan dasar dan perundangan terkini perburuhan di negeri Sabah.


Menurut Rosli Program Outreach Kesedaran Anti pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa juga akan diadakan di Kampung Kijang, Merotai Besar, Tawau bersama dengan 350 pemimpin masyarakat setempat dan penduduk kampung.


“Kerajaan amat menitik berat isu-isu berkaitan pemerdagangan orang dan buruh paksa seperti ‘job scammer’. Kebanyakan mangsa-mangsa yang ditipu adalah terdiri daripada pencari kerja yang tinggal di pedalaman jauh daripada capaian maklumat.


“Di dalam program outreach kesedaran ini, JTK Sabah bersama-sama PDRM serta Jabatan Imigresen Sabah akan memberi taklimat dan penerangan kepada penduduk kampung berkaitan isu-isu pemerdagangan orang dan buruh paksa.”


Selain itu, sebuah operasi penguatkuasaan secara bersepadu akan diadakan di Keningau dan Tenom sebagai penutup kepada program jelajah siri pertama ini.


“Pendekatan secara ‘diplomatic and development approach, punitive action’ juga diambil bagi memastikan mana-mana majikan yang melakukan kesalahan tetapi ingkar atau enggan mematuhi undang-undang tetap akan diambil tindakan. Ini bagi memastikan hak-hak dan kebajikan pekerja sentiasa terbela,” katanya.


Hadir sama Pengarah Tenaga Kerja Sabah Wan Zulkfli Wan Setapa.- SABAH MEDIA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.176613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list