Kumang Gawai Sebauh 2025 Andrea Bangi merakam gambar bersama 'Lulong' Zeona Deour (kiri) dan 'Selinggar Matahari' Felisciana Sapura.
BINTULU: Andrea Bangi Stephen Janggok dinobatkan sebagai Kumang Gawai Sebauh pada majlis Pengerami Mantar Gawai Dayak Sebauh 2025 di Dinner World Restaurant Bintulu di sini, malam kelmarin.
Kemenangannya menewaskan peserta lain sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala, sijil, mahkota, selempang dan jambangan bunga.
Naib juara atau gelaran Lulong pula disandang Zeona Deour Jacob yang menerima hadiah wang tunai RM2,500 berserta piala, sijil, selempang dan jambangan bunga.
Tempat ketiga atau gelaran Selinggar Matahari jatuh kepada Felisciana Sapura Akun yang mendapat RM2,000 berserta piala, sijil, selempang dan jambangan bunga.
Acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang disempurnakan isteri Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen iaitu Datin Sri Loreta Sawot.
|