CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25|Reply: 0

[Sarawak] 11 premis makanan diperiksa MPS di Lorong Rantau Panjang 1 dan 2

[Copy link]
Post time 14-5-2025 11:38 AM | Show all posts |Read mode


Yiing (tiga kiri) menerangkan sesuatu kepada pemilik premis ketika membuat pemeriksaan bersama kakitangan Majlis Perbandaran Sibu semalam.

SIBU: Sebanyak 11 premis makanan diperiksa oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan semalam di Lorong Rantau Panjang 1 dan 2.

Daripada jumlah itu, empat premis diberikan notis kebersihan selepas didapati tidak mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Selain itu, rampasan turut dilakukan terhadap lima premis yang masih menggunakan penyedut minuman plastik manakala enam premis lagi dikenakan tindakan rampasan peralatan seperti perkakas yang retak, sumbing dan usang.

Antara kesalahan lain yang dikesan sepanjang operasi termasuk kebersihan premis yang kurang memuaskan, ketiadaan sabun pencuci tangan dan pewangi tandas serta penyimpanan barangan yang tidak digunakan di dalam premis.

Pemeriksaan juga mendapati beberapa premis tidak menyediakan penutup tempat duduk tandas dan diarahkan untuk memasangnya.

Turut ditemui adalah barangan makanan dan minuman yang tidak diletakkan di atas rak, kehadiran lipas dan tikus dalam premis yang memerlukan tindakan kawalan makhluk perosak, perangkap minyak yang tidak dibersihkan secara berkala serta kipas pengaliran udara tandas yang kotor.

Selain itu, terdapat juga premis yang menjual minuman dalam tin yang telah tamat tempoh dan menggunakan peralatan yang sudah usang, sumbing serta retak.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS Kaunselor Yiing Sy Huat berkata, pihaknya mendapati terdapat kedai kopi yang semakin mengabaikan pematuhan terhadap beberapa peraturan asas kebersihan.

“Sejak awal tahun ini, kami dapati sesetengah pekerja di kedai kopi sudah mula mengabaikan pemakaian topi, apron dan kasut bertutup.

"Dahulu mereka patuh, tetapi kini ramai yang sudah tidak melakukannya lagi,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan penapis minyak juga masih belum mencapai tahap standard meskipun ada peningkatan berbanding dahulu.

Selain itu, tandas di premis-premis lama perlu diperbaiki dan mesti berfungsi dengan baik termasuk keupayaan untuk mengepam air.

“Peralatan dapur yang lama, rosak dan kotor tidak dibenarkan digunakan.

"MPS akan terus menjalankan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Jika didapati serius, kami akan keluarkan saman di tempat kejadian atau surat amaran,” jelasnya.

Yiing turut mengingatkan bahawa aduan orang awam kepada Kementerian Kesihatan juga boleh membawa kepada tindakan lanjut, termasuk penutupan premis sekiranya didapati bersalah dalam kes yang berat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.032503 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list