CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30|Reply: 0

[Sarawak] Pembangunan, kebajikan masyarakat berperanan pastikan kesejahteraan dan kemajuan komuniti

[Copy link]
Post time 14-5-2025 07:46 AM | Show all posts |Read mode


LUNDU: Pembangunan dan kebajikan masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemajuan sesebuah komuniti.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang ketika menghadiri sambutan Hari Wesak di Bangunan Pertubuhan Agama Buddha Lundu, semalam.

“Kesejahteraan masyarakat bukan sahaja bergantung kepada aspek pembangunan infrastruktur tetapi juga terhadap kebajikan sosial, termasuk pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan golongan belia,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan masalah yang melibatkan belia, khususnya penyalahgunaan dadah dan ketagihan judi dalam talian.

Justeru, beliau menyeru ibu bapa serta masyarakat secara keseluruhan lebih peka dalam memantau pergaulan dan tingkah laku anak-anak.

Menyentuh aspek pembangunan, Billy memohon maaf atas kelewatan peruntukan daripada pihak Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akibat isu berkaitan status tanah bangunan Pertubuhan Agama Buddha Lundu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dana alternatif melalui Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) juga boleh digunakan, namun memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000 bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang.

Selain itu, sebagai usaha menyokong komuniti setempat, Billy turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Persatuan Chung Hua Lundu dan Pertubuhan Agama Buddha Lundu.

Peruntukan tersebut bertujuan untuk membantu kedua-dua organisasi dalam menjalankan aktiviti serta program kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa pemimpin masyarakat dan ahli komuniti, termasuk Pemanca Chin Kian Ming, Pemanca Allen Manium Enggang, Penghulu Michael Bong, Penghulu Khiu Nam Fa, Penghulu Kutong Enggang, Kaunselor Patrick Goh, Kaunselor Tay Tze Wei, Pengerusi Persatuan Chung Hua Lundu Goh Chin Seng serta Pengerusi Pertubuhan Agama Buddha Lundu Lim Teck Wan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.045185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list