CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25|Reply: 0

[Sarawak] Sabah, Sarawak tumpuan utama dalam strategi pembangunan sektor pembinaan negara: Nanta

[Copy link]
Post time 14-5-2025 07:43 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sabah dan Sarawak akan terus menjadi tumpuan utama dalam strategi pembangunan sektor pembinaan negara, sejajar dengan komitmen Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk memastikan pembangunan yang inklusif dan seimbang di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya Dato Ssri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) komited untuk memastikan kedua-dua negeri di Malaysia Timur memainkan peranan penting dalam pelaksanaan agenda transformasi sektor pembinaan negara.

“Sebagai Menteri Kerja Raya, saya komited untuk memastikan bahawa Sarawak dan Sabah menjadi sebahagian penting dalam strategi pembangunan pembinaan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Nanta berkata, transformasi ini dipacu melalui pelaksanaan Dasar Pembinaan Negara 2030, Pelan Strategik Pembinaan 4.0 serta pelbagai inisiatif merentas sektor.

“Ini termasuk mempercepat penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM), mendorong pendigitalan dan perancangan infrastuktur pintar, membina kapasiti melalui latihan, peningkatan kemahiran dan penyertaan inklusif serta menggalakkan kerjasama awam-swasta yang akan membawa impak jangka panjang,” ujarnya.

Turut menjadi  fokus utama KKR tambahnya, adalah mempercepat penggunaan teknologi seperti BIM dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta memperluas latihan semula kemahiran pekerja industri secara inklusif.

Sehubungan itu, beliau memuji kepimpinan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Zainora Zainal atas usaha memperluaskan capaian CIDB ke Sarawak dan Sabah menerusi pelbagai program latihan, sokongan peraturan dan pembangunan kapasiti.

“Usaha ini membuktikan bahawa Malaysia Timur bukan sekadar wilayah penyertaan tetapi zon tumpuan dan pemacu utama kepada masa depan pembangunan negara,” ujarnya.

Mengenai ICW Borneo 2025 yang julung kali dianjurkan di Malaysia Timur katanya, ia bertemakan ‘Pembinaan Inovatif Untuk Masa Depan Lestari’ yang sekali gus menghimpunkan pelbagai pemain industri, pembuat dasar dan pakar teknologi pembinaan dari seluruh ASEAN dan antarabangsa.

Menurutnya, antara acara utama termasuk Sidang Kemuncak Kemampanan Pembinaan, dengan perbincangan berkisar isu tenaga hijau, inovasi bahan binaan dan strategi ESG.

Jelasnya, BuildXpo Borneo menampilkan lebih 20 organisasi pempamer termasuk berkaitan teknologi, bahan dan sistem pembinaan terkini disesuaikan dengan keperluan infrastruktur Asia Tenggara yang semakin berkembang.

“Selain itu, pengunjung berpeluang berinteraksi dengan alat berkuasa kecergasan buatan (AI), sistem pembinaan modular, penyelesaian bangunan pintar dan inovasi hijau.

“Tahun ini saya berbesar hati melihat peningkatan penyertaan antarabangsa termasuk dari China yang mencerminkan pertumbuhan kerjasama ASEAN-China dalam bidang infrastruktur dan pertukaran teknologi,” ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034329 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list