CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

[Johor] Awas! Penyakit HFMD makin serius di Johor

[Copy link]
Post time 9-5-2025 07:17 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor terus menunjukkan peningkatan membimbangkan dengan lonjakan 17.1 peratus lagi, dalam tempoh seminggu.

Ia menyusul selepas kes jangkitan penyakit HFMD di Johor dilaporkan merekodkan peningkatan tertinggi dengan lonjakan sebanyak 20.5 peratus dalam tempoh seminggu, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata sebanyak 1,687 kes direkodkan dalam Minggu Epid (ME) ke-18 tahun ini, berbanding hanya 1,441 kes pada minggu sebelumnya.

Katanya, aliran jangkitan HFMD di Johor terus berada pada tahap tinggi dan meresahkan apabila ia telah melebihi paras amaran sejak awal tahun, dengan bilangan kes pada 2025 jauh lebih tinggi berbanding 2023 dan tahun lalu.

"Kumulatif kes HFMD Johor sehingga ME 18 2025 kini adalah sebanyak 11,551 kes.

"Sebanyak 400 kes telah dikesan daripada 3,202 orang individu yang terdedah dengan julat kadar serangan dari 3.9 hingga 42.9 peratus.

"Kluster HFMD pada ME 18 2025, membabitkan sebanyak lima kluster direkodkan menjadikan kumulatif sebanyak 79 kluster HFMD di Johor ketika ini.

"Kluster HFMD yang dilaporkan membabitkan 26 tabika, 20 pra sekolah, 18 taska, 13 tadika dan masing-masing sebuah sekolah rendah dan rumah persendirian," katanya tadi.

Mengulas lanjut, Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng berkata tindakan pencegahan seperti aktiviti disinfeksi premis, pendidikan kesihatan serta aktiviti pemantauan telah dan sedang dijalankan.

Selain itu, katanya, terdapat dua surat amaran dikeluarkan pada 11 Mac lalu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kepada semua pengarah hospital, pegawai kesihatan selain pengusaha dan guru-guru taska, tadika dan prasekolah serta pengusaha taman permainan kanak-kanak di negeri ini.

"Majoriti kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 9,396 kes (81.3 peratus), diikuti oleh kumpulan usia 7 hingga 12 tahun iaitu sebanyak 1,853 kes (16.0 peratus)dan selebihnya adalah berusia 13 tahun dan ke atas.

"Memandangkan kebanyakan penularan berlaku di institusi penjagaan atau pendidikan kanak-kanak, JKNJ ingin menegaskan supaya semua pengusaha institusi mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko jangkitan.

"Ia termasuk amalan kebersihan diri serta kawalan infeksi termasuk memastikan membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.

"Sentiasa mengekalkan kebersihan sama ada di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, selain keral mencuci semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, dan lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari," katanya.

Beliau berkata, pelajar yang dikesan bergejala perlu diasingkan sementara menunggu ibu bapa atau penjaga membawa pulang atau mendapatkan rawatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.034730 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list