CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

[Sarawak] Bot tunda tanpa nakhoda sah ditahan di perairan Bintulu

[Copy link]
Post time 6-5-2025 02:50 PM | Show all posts |Read mode


(Gambar sisipan) Dua nakhoda dan bot tunda yang ditahan di perairan Bintulu, petang semalam.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu bertindak menahan sebuah bot tunda di muara Sungai Kemena atas kesalahan tidak mempunyai nakhoda sah petang semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu Muhammad Suffian Eldine Abdullah, bot peronda APMM yang sedang menjalankan pemeriksaan serta pemantauan di perairan negara telah mengesan kehadiran sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 1.4 batu nautika dari barat laut muara Sungai Kemena.

"Semasa menjalankan pemeriksaan dalam rondaan Ops Permai dan Ops Tiris 3.0, pasukan APMM melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot tunda berwarna putih yang sedang dalam pelayaran menuju ke muara Sungai Kemena.

"Pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati bot tersebut dikendalikan dua kru warganegara India masing-masing berusia 28 dan 20 tahun," jelasnya.

Bot tunda terbabit menurut Muhammad, disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(2A), Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memaklumkan secara bertulis kepada pendaftar kapal berhubung pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal.

"Sekiranya didapati bersalah, kedua-dua suspek berhadapan dengan hukuman kompaun sebanyak RM2,500," ujarnya.

Bot nelayan berserta kru kemudiannya telah ditahan dan diiringi masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035427 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list