CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43|Reply: 0

[Kedah] Mekanisme Ketelusan Harga Ubatan: CAKE minta harga ubat dikawal

[Copy link]
Post time 2-5-2025 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Mekanisme Ketelusan Harga Ubatan: CAKE minta harga ubat dikawal

BERNAMA - Mei 2, 2025 @ 5:29pm





Tinjauan paparan harga ubat-ubatan di sebuah farmasi di Bangsar. - Foto NSTP/Nabila Adlina Azahari



ALOR SETAR: Pelaksanaan Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU) sangat disambut baik pengguna, namun ia bukanlah noktah kepada usaha memastikan pesakit menerima rawatan dan ubat pada harga yang munasabah, kata Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff.

Beliau berkata dengan pengenalan mekanisme itu, kerajaan hanya mewajibkan setiap klinik kesihatan, hospital dan farmasi memaparkan harga sahaja, namun harga ubat itu masih tidak terkawal.

Mohamad Yusrizal berkata kerajaan perlu mengawal harga ubat dan kos rawatan, bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan turut mampu membeli ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan pada harga yang munasabah dan berpatutan.

"Kos rawatan kini mahal dan ramai pengguna dalam kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah tidak mampu menerima rawatan dan mengambil ubat, sehingga menyebabkan penyakit mereka menjadi serius serta boleh mendatangkan maut.

"... yang penting bagi pengguna ialah kawalan harga yang tidak terlalu melampau terhadap harga ubat dan kos rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata ubat-ubatan satu keperluan bagi pengguna dan ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harganya.

"Pengguna golongan berpendapatan rendah tidak mampu beli ubat... ada yang terpaksa berhutang untuk mendapatkan ubat. Jadi, kita berharap kawalan harga yang tidak terlalu melampau terhadap harga ubat dan kos rawatan dapat dipertimbangkan," katanya.

Beliau berkata CAKE juga berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan untuk membantu menyelesaikan isu itu, antaranya kerajaan perlu mengawal harga ubat yang dijual di hospital swasta, klinik swasta dan farmasi.

"Kerajaan juga perlu mengawal kos rawatan dan konsultasi rawatan supaya pihak swasta tidak mengenakan caj melampau. Hospital kerajaan juga perlu memberi semua jenis ubat secara percuma kepada pengguna golongan miskin dan berpendapatan rendah bagi mengurangkan bebanan mereka," katanya. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1391495/mekanisme-ketelusan-harga-ubatan-cake-minta-harga-ubat-dikawal





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list