CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47|Reply: 0

[Kedah] Peniaga medan selera buntu najis burung 'halau' pelanggan

[Copy link]
Post time 1-5-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-5-2025 03:55 PM

Peniaga medan selera buntu najis burung 'halau' pelanggan

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
01 Mei 2025 02:13pm




Tugas pembersihan dilakukan setiap hari namun masalah najis burung tidak berkesudahan. (Gambar kecil: Rosimah, Fauzi)



SUNGAI PETANI – Kira-kira 15 peniaga di Medan Selera Ambangan Heights di sini mengeluh apabila perniagaan mereka terjejas teruk akibat masalah najis burung yang mencemari kawasan niaga.

Masalah itu bukan sahaja menimbulkan rasa jijik dalam kalangan pelanggan, malah menyebabkan jumlah pengunjung semakin berkurangan sejak dua tahun lalu.


Rosimah Abdull, 71, berkata, burung merpati yang bersarang di bumbung premis menyebabkan najis jatuh ke lantai, meja makan dan dinding.

“Pelanggan tak sanggup makan di tempat begini. Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) pernah pasang jaring dan penghalang, tetapi hanya bertahan sekejap. Burung tetap datang,” katanya.




Meja makan dicemari najis burung sehingga meloyakan pelanggan untuk duduk dan makan. (Gambar kecil: Razali, Mohd Aiman)



Seorang lagi peniaga, Razali Wahab, 52, berkata, medan selera itu kini seolah-olah menjadi habitat tetap burung merpati.

“Pagi-pagi sudah penuh najis. Bila cuci, tak lama kemudian ada semula. Kadang-kadang jatuh dalam makanan pelanggan, sangat memalukan,” katanya.





Meja makan dicemari najis burung sehingga meloyakan pelanggan untuk duduk dan makan.



Mohd Aiman Hakimi Shahrom, 25, turut berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila najis burung terpercik ke atas hidangan pelanggan ketika sedang makan.

“Saya minta maaf dan ganti makanan baharu, tapi saya yakin pelanggan itu takkan datang lagi,” katanya.

Peniaga juga bimbang isu ini menjejaskan kesihatan awam kerana najis burung boleh membawa risiko jangkitan terutama penyakit pernafasan.

Wakil peniaga, Mejar (B) Fauzi Mohd Hassan berkata, ada yang memasang kanvas sebagai pelindung, namun itu hanya penyelesaian sementara.


Fauzi menunjukkan laluan burung merpati yang sentiasa hinggap dan membuat sarang di bumbung medan selera Ambangan Heights Sungai Petani.



Katanya, pembersihan dilakukan setiap hari sekitar jam 11 pagi oleh pekerja Environment I-daman, namun tidak mencukupi memandangkan najis burung terus jatuh sepanjang masa.

“Kalau masalah ini selesai, pelanggan pasti akan kembali. Di sini ada pelbagai menu seperti nasi lemak, nasi ayam, mi celup, masakan barat dan roti canai,” katanya.

Fauzi turut mencadangkan kemudahan tambahan seperti lampu sorot dan sepanduk bagi menarik kembali pelanggan ke medan selera berkenaan.

Sementara itu, jurucakap MPSPK memaklumkan beberapa tindakan telah diambil, termasuk pemasangan perangkap burung, ‘bird spike’ dan cucian harian yang diserahkan kepada SWCorp berkuat kuasa Julai 2024.

“Tindakan seterusnya ialah semburan bahan buih sintetik (PU Foam) bagi menutup ruang-ruang laluan burung. Pemantauan akan diteruskan bagi menilai keberkesanan kaedah ini,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/726113/edisi/utara/peniaga-medan-selera-buntu-najis-burung-halau-pelanggan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.046033 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list