CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52|Reply: 0

[Pulau Pinang] 5 juta penumpang guna Feri Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 1-5-2025 01:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-5-2025 01:52 AM

5 juta penumpang guna Feri Pulau Pinang

MOHD ISKANDAR OTHMAN
30 April 2025 03:34pm




Kakitangan PPSB yang terdiri daripada kelasi, kapten feri dan krew turut diberikan penghargaan atas pencapaian 5 juta penumpang feri.



BUTTERWORTH - Perkhidmatan feri Pulau Pinang mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai 5 juta penumpang sejak mula beroperasi pada Ogos 2023 hingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk V Sasedharan berkata, pencapaian ini membuktikan bahawa perkhidmatan feri kekal relevan sebagai nadi pengangkutan awam penting bagi rakyat negeri ini, termasuk pelancong.


“Ini bukti jelas penerimaan masyarakat terhadap feri baharu yang kini memainkan peranan penting menghubungkan tanah besar Seberang Perai dan Pulau Pinang.

"Kami amat berbangga kerana dalam tempoh 17 bulan, kita berjaya membawa 5 juta penumpang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pencapaian 5 juta penumpang feri di Pengkalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada Rabu.


Hadir sama, Pengerusi PPSB, Datuk Seri Syed Mohamad Syed Murtaza.


Syed Mohamad (dua dari kanan) bersama pegawai PPSB mengedarkan cenderahati kepada penumpang feri sempena meraikan pencapaian 5 juta penumpang pada Rabu



Dalam pada itu, Sasedharan berkata, perkhidmatan feri menyaksikan peningkatan penumpang sebanyak 5.8 peratus jika dibandingkan tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sekali gus menunjukkan tren peningkatan yang positif.

"Majoriti pengguna ialah pejalan kaki iaitu sekitar 74 peratus, manakala selebihnya adalah penunggang motosikal.


"Mereka kebanyakannya berulang-alik ke tempat kerja, termasuk ke pusat bandar seperti KOMTAR dan sekitar Georgetown,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam usaha menarik lebih ramai pengguna, PPSB turut merancang untuk meningkatkan promosi secara agresif termasuk melalui kerjasama dengan pihak Tourism Malaysia dan pengiklanan dalam perkhidmatan ETS.

“Kami juga telah menyelaraskan jadual feri bagi menyokong jadual ketibaan ETS agar memudahkan pelancong dan penumpang tempatan membuat pertukaran pengangkutan dengan lebih efisien,” katanya.

]Buat masa ini, operasi feri melibatkan empat buah feri yang beroperasi bergilir, dengan tiga buah semasa waktu puncak dan dua buah semasa luar waktu puncak, bermula seawal jam 6 pagi hingga 8.30 malam.

Namun begitu, Sasedharan mengakui operasi feri masih belum mencatat keuntungan meskipun jumlah penumpang meningkat, berikutan kos operasi yang tinggi.

"Kita masih mengalami kerugian dari segi keuntungan operasi. Walaupun peningkatan jumlah penumpang dapat mengurangkan jurang kerugian, namun belum mencapai tahap keuntungan.

"Ini adalah sebahagian daripada konsesi yang kita laksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, PPSB tetap komited untuk menambah baik mutu perkhidmatan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna.


https://www.sinarharian.com.my/article/725942/edisi/utara/5-juta-penumpang-guna-feri-pulau-pinang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list