CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38|Reply: 0

[Kedah] Mangsa penipuan kerja di Myanmar dijanjikan gaji lumayan - Bapa mangsa

[Copy link]
Post time 1-5-2025 01:09 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa penipuan kerja di Myanmar dijanjikan gaji lumayan - Bapa mangsa

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - April 30, 2025 @ 7:40pm




Ahli keluarga mangsa kelihatan membawa abu mayat, menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir



BUKIT KAYU HITAM: "Anak perempuan dan suaminya dijanjikan gaji besar, tapi tak sangka mereka akhirnya ditipu di Myanmar," kata seorang bapa mangsa yang dikenali sebagai Tin, 60.

Tin yang berasal dari Pendang dekat sini, adalah bapa kepada seorang daripada 16 rakyat Malaysia berusia 22 tahun yang selamat tiba negara ini hari ini.

Kumpulan rakyat Malaysia terbabit diselamatkan pihak berkuasa Myanmar sebelum diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri bagi urusan penghantaran pulang hari ini.

Turut dibawa pulang dua abu mayat rakyat Malaysia yang meninggal dunia di negara terbabit.

Bercerita lanjut, Tin berkata, anaknya bersama suami yang juga berusia 22 tahun berangkat ke luar negara pada 2023, tanpa memberitahu ke mana mereka akan bekerja.

Katanya, mereka hanya memaklumkan kepada ahli keluarga mendapat tawaran bekerja dengan gaji lumayan, tanpa mengetahui apa bentuk pekerjaan terbabit.

"Mereka keluar rumah pada awal 2023, beberapa bulan kemudian anak hubungi kakaknya di Kuala Lumpur melalui 'WhatsApp' memberitahu mereka ditipu tauke dan berada di Myanmar.

"Anak juga ada hubungi ibunya memaklumkan mereka selamat dan diberi makan, cuma makanan itu tidak berapa elok seperti kita di Malaysia," katanya ketika ditemui BH di sini, hari ini.

Tin berkata, keluarganya kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai masalah dihadapi anak dan suaminya, selain meminta kerajaan membantu menyelamatkan mereka.

"Anak di Kuala Lumpur (kakak mangsa) yang uruskan semua dan berhubung dengan polis, dia juga yang tulis surat kepada kerajaan memberitahu keadaan anak yang ditipu di luar negara.

"Sebagai bapa kita boleh nasihat sahaja, mereka yang mahu pergi ke luar negara. Tapi saya gembira anak dan suaminya dapat selamat dan dapat dibawa pulang akhirnya," katanya.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan di Bangkok melaksanakan penghantaran pulang kumpulan keempat seramai 16 rakyat Malaysia yang terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar.

Beliau berkata, kumpulan rakyat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada jam 4.40 petang tadi dan mereka diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

"Proses penghantaran pulang sama telah dilaksanakan sebelum ini pada 24 Februari melibatkan 15 rakyat Malaysia, 12 Mac (25 rakyat) dan 26 Mac (24 rakyat).

"Setakat ini, Kementerian Luar Negeri telah berjaya membawa pulang seramai 80 rakyat Malaysia, termasuk 16 individu yang tiba hari ini," katanya.

Beliau berkata, kesemua operasi ini dilaksanakan melalui kerjasama erat antara agensi termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1390697/mangsa-penipuan-kerja-di-myanmar-dijanjikan-gaji-lumayan-bapa-mangsa





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.042607 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list