RAMAI pemilik kucing tidak terfikir mereka perlu mengajar atau membantu haiwan peliharaan itu untuk memberus gigi.
Pemilik berasakan kucing secara alami memiliki cara tersendiri untuk menjaga gigi selain sudah terbiasa dengan gigi kucing yang sedikit berbau.
Hakikatnya, pemilik perlu memantau kesihatan gigi kerana kucing yang berusia atas empat tahun lazimnya menghidapi penyakit periodontal akibat pembentukan plak yang menebal lalu menjadi mineral, menjurus kepada masalah karang gigi kucing.
Masalah karang gigi kucing yang serius, boleh menjadi punca gingivitis dan penyakit periodontal sehingga menyebabkan giginya hilang kekal.
Menjadi tanggungjawab pemilik memastikan haiwan bulus tidak menghidapi masalah gigi yang serius berdasarkan tip penjagaan gigi berikut.
1. Berus gigi kucing anda menggunakan ubat dan berus gigi khas
Memberus gigi ialah cara terbaik untuk membersihkan gigi kucing dan memastikannya ia sihat.
Rutin memberus gigi kucing untuk haiwan itu setiap hari dapat menghilangkan pembentukan plak dan melambatkan penyakit periodontal.
Mulakan dengan melatih bagi membiasakan rutin pemiliknya memberus gigi haiwan terbabit.
Pendekatan boleh pemilik lakukan ialah membiarkan kucing menjilat ubat gigi dari jari atau berus gigi setiap hari.
Sentiasa gunakan berus berbulu lembut dan kepala berus bersaiz kecil bagi memudahkan cuci mulut kecil haiwan bulus itu. Sesetengah kucing sangat bertolak ansur dengan berus jari.
2. Jangan abaikan nafas berbau
Nafas berbau pada kucing biasanya tanda pertama bakteria buruk sudah mengatasi bakteria baik atau tanda ada sesuatu yang tidak sihat pada gigi kucing anda.
Plak iaitu lapisan bakteria yang terbentuk pada gigi, boleh merengsakan gusi dan membawa kepada kemerahan dan bengkak.
Kemudian yang plak bercampur dengan air liur selalunya menjadi karang gigi. Plak dan tartar membawa kepada keradangan gusi atau gingivitis. Gingivitis adalah peringkat pertama penyakit periodontal (pergigian).
Jika mendapati bau nafas kucing semakin teruk, dapatkan pandangan doktor veterinar.
3. Bawa kucing ke pemeriksaan tahunan
Pemeriksaan kesihatan tahunan adalah penting untuk penjagaan gigi kucing.Doktor haiwan dilatih untuk mencari tanda penyakit antaranya radang gusi, gusi meleset, nafas berbau, gigi longgar dan gigi hilang.
Penilaian tahunan akan mengesan tanda-tanda penyakit lebih awal dan rawatan awal boleh melambatkan komplikasi penyakit periodontal.
Kebanyakan kucing juga tidak menunjukkan perubahan pada pemakanan atau tingkah laku mereka sehingga mereka mengalami penyakit atau kesakitan yang teruk.
Doktor haiwan biasanya akan menasihati pemilik kucing apabila sudah tiba tempoh menjalani rawatan gigi disyorkan. Kucing melakukan pembersihan pertama pada masa kucing berumur dua tahun.
4. Tanya doktor mengenai diet pergigian
Satu cara untuk membantu menjaga kebersihan gigi kucing adalah dengan memberi haiwan itu diet gigi yang berkhasiat. Ini adalah diet preskripsi yang membantu mengurangkan plak dan karang gigi.
Kibbles direka untuk bertindak seperti berus gigi dengan setiap gigitan. Saiznya yang besar membolehkan kucing menghancurkan dan bukannya menelan keseluruhannya.
Diet sihat gigi kucing juga mengandungi antioksidan dan bahan lain yang menyokong kesihatan keseluruhan kucing anda.
5. Berikan rawatan pergigian kucing
Satu lagi cara membantu kucing mengekalkan kesihatan mulut yang baik adalah dengan memberi haiwan itu rawatan pembersihan gigi kucing.
Langkah memberi rawatan pergigian adalah mirip dengan diet kerana ia menyediakan permukaan yang kuat untuk digigit untuk dalam membantu membersihkan gigi kucing.
6. Biarkan kucing bermain dengan mainan pergigian
Mainan kucing perlu ada dalam rumah setiap pemilik.
Ini kerana mainan pergigian boleh membantu membersihkan gigi haiwan itu dengan menggalakkan aktiviti mengunyah atau menggigit. - HARIAN METRO
|