CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Kedah] Dua syarikat kitar semula e-waste didenda RM490,000

[Copy link]
Post time 30-4-2025 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Dua syarikat kitar semula e-waste didenda RM490,000

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - April 30, 2025 @ 11:43am




Dua syarikat pemprosesan sisa terjadual dikenakan denda RM490,000 kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. - Foto JAS



SUNGAI PETANI: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM490,000 ke atas dua syarikat pemprosesan sisa terjadual selepas didapati bersalah melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Bagi kes pertama, Hakim Roslan Hamid menetapkan denda RM250,000 terhadap pemilik syarikat Asia Maju Resources, Saw Jung Hin, dan seorang warga China, Deng Zhi Chong, selepas didapati bersalah menyimpan sisa terjadual secara haram.

Mengikut kertas pertuduhan, premis terbabit didakwa menyimpan sisa terjadual secara haram, khususnya sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang dikategorikan sebagai SW110 dan sisa bateri litium (SW103) tanpa kelulusan sah.

Kegiatan itu terbongkar ketika penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah melakukan pemeriksaan di bawah Ops Gempur di premis berkenaan di Kawasan Perindustrian Sungai Petani pada 3 Julai 2024.

Berikutan itu, syarikat dan pemiliknya didakwa mengikut Seksyen 34B(1)(b), Seksyen 34A(6) dan Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Bagi kes kedua, mahkamah turut mendapati syarikat Daiki Regeneration dan pengarahnya yang juga warga China, Lu Wenbo, bersalah kerana melupuskan sisa terjadual secara haram dan dijatuhkan hukuman denda RM240,000.

Wenbo yang mewakili diri dan syarikatnya, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan di bawah Seksyen 34B(1)(a), 34A(6), dan 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Disember 2023, di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1390428/dua-syarikat-kitar-semula-e-waste-didenda-rm490000






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.045786 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list