
PALSU: Nombor pendaftaran palsu yang digunakan pada motosikal terbabit.
PAPAR: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar menahan seorang penunggang motorsikal lelaki selepas dipercayai menggunakan nombor pendaftaran motosikal yang meragukan baru-baru ini.
Berdasarkan perkongsian BSPT Papar di laman Facebook, lelaki berumur 17 tahun itu ditahan semasa operasi motosikal di Jalan Papar Spur dilaksanakan. “Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke IPD Papar oleh BSPT Papar untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan hasil siasatan, lelaki itu berdepan dua pertuduhan di Mahkanah Papar iaitu memandu kenderaan tanpa lesen memandu dan mempamerkan nombor pendaftaran palsu,” katanya.
|