CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

[Sarawak] Mahkamah Tinggi tolak permohonan PETRONAS tangguh saman PETROS

[Copy link]
Post time 29-4-2025 09:27 AM | Show all posts |Read mode


JC Fong (tengah) bersama pasukan perundangan PETROS keluar dari kamar Mahkamah Tinggi selesai sebutan kes hari ini.

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menangguhkan prosiding kes dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung tuntutan jaminan bank berjumlah RM7.95 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Dato Faridz Gohim Abdullah dalam keputusannya menyatakan bahawa tiada keadaan khas atau alasan kukuh untuk membenarkan permohonan PETRONAS.

Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan penghujahan yang dikemukakan oleh pihak PETRONAS menerusi peguamnya Alex Ngu, PETROS melalui peguam Sim Hui Chuang serta penyertaan amicus curiae (rakan mahkamah) daripada kerajaan persekutuan dan negeri, minggu lalu.

Mahkamah juga berpendapat pertikaian antara plaintif (PETROS) dan defendan (PETRONAS) dalam kes di Mahkamah Tinggi Kuching ini boleh ditentukan dan diadili oleh mahkamah di sini dengan berkesan, sempurna dan kompeten, secara berasingan daripada prosiding di Kuala Lumpur.

"Kes ini (di Mahkamah Tinggi Kuching) juga sudah berada di peringkat akhir dan semua isu undang-undang yang dibangkitkan boleh dihujah secara menyeluruh oleh peguam-peguam berpengalaman, dengan bantuan amicus curiae daripada kedua-dua kerajaan," ujar beliau.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan tarikh 11 Jun 2025 untuk pembicaraan (hearing).

Terdahulu, selepas mahkamah memberikan kata putus dengan menolak permohonan penangguhan berkenaan, Alex Ngu cuba mengemukakan permohonan lisan semasa prosiding berhubung keputusan tersebut dan memaklumkan bahawa defendan hendak memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau turut memohon supaya prosiding ditangguhkan sehingga rayuan PETRONAS terhadap keputusan semalam selesai.

Namun, usaha itu dibantah oleh pihak PETROS dan amicus curiae (Kerajaan Sarawak) atas alasan sebarang permohonan perlu difailkan secara formal.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan PETRONAS untuk memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan kes tersebut.

Sebelum ini, PETRONAS memohon agar perbicaraan kes di Mahkamah Kuching ditangguhkan susulan isu-isu utama yang akan diputuskan dalam prosiding di Kuala Lumpur dan keputusan muktamad kelak katanya, akan memberi kesan kepada isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Kuching.

Menurutnya, sekiranya prosiding di Kuching diteruskan tanpa penglibatan pihak-pihak utama seperti kerajaan persekutusan dan Kerajaan Sarawak, terdapat risiko serius keputusan yang tidak lengkap atau bercanggah akan dibuat, kerana ketiadaan keterangan daripada pihak-pihak penting.

Namun, PETROS menerusi peguamnya berhujah bahawa kes di Mahkamah Tinggi Kuching berada di peringkat lebih lanjut berbanding kes di Kuala Lumpur, dan pertikaian dalam kedua-dua kes melibatkan isu dan pihak yang berbeza.

Manakala Penasihat Undang-Undang Negeri Dato Sri JC Fong yang bertindak bagi pihak Kerajaan Sarawak selaku amicus curiae menegaskan bahawa penangguhan kes di Kuching akan menyebabkan kelewatan ketara dan ini tidak adil kepada PETROS, selain berpotensi menjejaskan kepentingan awam memandangkan terdapat isu-isu perlembagaan.

Selain Sim, turut mewakili plaintif adalah Lim Lip Tze. Pihak defendan turut diwakili Harris Kueh (chambering).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040327 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list