CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52|Reply: 0

[Sarawak] Perjuangan hak Sarawak di bawah MA63 harus diteruskan, tegas Idris

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:09 AM | Show all posts |Read mode


Idris (tengah) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Muara Tuang, hari ini. - Gambar UKAS

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Idris Buang menegaskan perjuangan menuntut dan mempertahankan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diteruskan secara konsisten dan tegas.

Dalam ucapannya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Muara Tuang hari ini, Idris menyuarakan keperluan agar hak pemilikan sumber asli seperti minyak dan gas terus menjadi keutamaan dalam rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Hak ini adalah hak mutlak Sarawak yang telah diperincikan dalam MA63 dan laporan IGC. Ia bukan sesuatu yang boleh dipertikai.

"Kita mesti perjuangkan habis-habisan agar impian kita sebagai sebuah negeri berdaulat dalam persekutuan ini dapat diterjemahkan," tegas beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang mengingatkan bahawa asas pembentukan Malaysia adalah berlandaskan perjanjian yang memberi jaminan kepada Sarawak dan Sabah untuk menjaga hak mereka.

Tanpa jaminan itu katanya, Sarawak tidak akan menyertai Malaysia pada 1963.

“Kita perlu bersatu menyokong kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang secara konsisten memperjuangkan suara dan kepentingan Sarawak di peringkat nasional," tambahnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak dan barisan kabinet negeri atas pencapaian dalam membawa Sarawak ke arah pembangunan mampan dan berimpak tinggi, sejajar dengan aspirasi autonomi yang diperjuangkan.

Majlis yang berlangsung di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan itu dihadiri lebih 500 tetamu, termasuk pemimpin komuniti serta penduduk setempat dan dimeriahkan dengan persembahan raya, jamuan serta penyampaian duit raya kepada kanak-kanak.

Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Samarahan Rais Ahmat, Timbalan Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Abang Ismawi Abang Ali, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan DUN Muara Tuang Seraai Sajili, Setiausaha Perbandaran MPKS Gustian Durani, Temenggung Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang serta Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Samarahan Seli Hasan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039352 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list