CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 282|Reply: 0

Kasut tumit tinggi bukan lagi pilihan utama, Mary Jane dan 'ballet flat' antara trend ikutan pencinta fesyen

[Copy link]
Post time 25-4-2025 10:19 PM | Show all posts |Read mode


TREND kasut tumit tinggi dalam kalangan wanita kini semakin berubah. Jika dahulu ia menjadi simbol wanita anggun dan profesional, hari ini semakin ramai memilih kasut yang lebih selesa untuk gaya harian.


Memetik laporan agensi, Susan Conlin, 61, merupakan antara individu yang masih setia dengan kasut tumit tinggi walaupun rakan sekerjanya kini lebih selesa dengan kasut bertumit rata.


Peralihan tersebut didorong oleh pelbagai faktor, termasuk kebangkitan budaya sneaker dan streetwear pada era 2010-an, serta perubahan gaya hidup akibat pandemik Covid-19.




Ketika ramai mula bekerja dari rumah, kasut tumit tinggi menjadi tidak relevan melainkan jika ada acara khas.


Data yang didedahkan oleh firma analisis runcit Edited menunjukkan jualan kasut tumit tinggi menurun kepada 65 peratus pada suku kedua tahun 2020.


Hari ini, stiletto bukan lagi pilihan utama. Sebaliknya, gaya seperti kitten heels, tumit blok dan kasut tumit baji (wedges) lebih digemari.


Kasut rata seperti ballet flats, loafers dan but juga semakin mendapat tempat dalam pasaran.


Jenama seperti Christian Louboutin dan Steve Madden turut menyesuaikan penawaran mereka dengan cita rasa baharu ini.


Menurut penganalisis dan peruncit fesyen di Edited, definisi kewanitaan juga berubah. Tidak semestinya kasut tumit tinggi melambangkan keanggunan.


Sneakers dan kasut rata kini juga mampu menjadi simbol kewanitaan. Tambahan pula, rekaan denim longgar masa kini lebih sesuai dipadankan dengan kasut yang lebih ringkas.


Namun begitu, kasut tumit tidak lenyap sepenuhnya. Ia melalui proses perubahan gaya dan naratif.


Jenama seperti Miu Miu dan Simone Rocha memperkenalkan rekaan yang diinspirasikan daripada konsep 'girlhood' yang lebih segar dan bebas daripada pandangan lelaki.


Kasut seperti Mary Jane bertumit rendah juga semakin popular sebagai pilihan untuk acara formal.


Jelas, kasut tumit tinggi masih ada tempat dalam dunia fesyen, cuma dalam bentuk yang lebih moden dan pelbagai. — Agensi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049416 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list