CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64|Reply: 0

[Sabah] UMSfm hasrat kolaborasi bidang penyiaran di Korea Selatan

[Copy link]
Post time 25-4-2025 08:19 PM | Show all posts |Read mode


Seoul : Dalam usaha memperluas jaringan antarabangsa dan memperkasa bidang penyiaran, radio kampus Universiti Malaysia Sabah (UMSfm) melaksanakan misi lawatan strategik ke Korea Selatan melibatkan universiti dan stesen penyiaran kebangsaan di negara tersebut.


Lawatan selama empat hari itu menyaksikan delegasi UMSfm mengadakan sesi lawatan dan perbincangan bersama KBS World Radio, Arirang Radio dan Yonsei Universiti bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang penyiaran digital, pembangunan media kampus, serta pertukaran budaya dan akademik.


Menurut Pengurus stesen UMSfm, Dr. Intan Soliha Ibrahim, inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif dalam memperkasa radio UMSfm dan UMS di peringkat antarabangsa.


“Misi ini membuka peluang besar untuk UMSfm mempelajari trend penyiaran terkini dalam menghasilkan kandungan, kolaborasi antarabangsa dalam bidang penyiaran, penyelidikan bersama, serta inovasi media digital.


“Antara inisiatif yang dirancang termasuklah pertukaran program siaran pelajar, kolaborasi penyelidikan bersama dalam bidang komunikasi media, serta pelaksanaan program latihan industri merentas sempadan,” ujarnya.


Selain itu juga, delegasi UMSfm turut diberikan pendedahan kepada teknologi penyiaran terkini di Korea, termasuk penggunaan platform penyiaran digital pelbagai bahasa dan integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan stesen radio.


Misi lawatan ini dijangka membuka jalan kepada pelbagai program susulan yang akan memperkukuh lagi kedudukan UMSfm sebagai peneraju inovasi penyiaran kampus di Malaysia.


Turut bersama delegasi tersebut, Pegawai Penerbit Rancangan UMSfm, Feria Lee; Penerbit Rancangan UMSfm, Norhazimah Radik dan Khairil Fitri Abdul Karim.  - SABAH MEDIA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.044663 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list