CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 89|Reply: 0

[Sarawak] PBDS tawar jadi saluran utama selesaikan isu berkaitan pengiktirafan, pengukuran tanah NCR

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:56 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) tampil menawarkan diri sebagai saluran utama kepada pemilik tanah hak adat bumiputera (NCR) di Sarawak yang tidak menghadapi sebarang pertikaian dalam usaha menyelesaikan isu berkaitan pengiktirafan dan pengukuran tanah yang masih menjadi polemik berpanjangan.

Naib Presidennya, Dr Bayang Teron (gambar) menegaskan bahawa PBDS komited untuk menjadi suara rakyat Dayak dalam memperjuangkan hak tanah NCR mereka yang semakin terhimpit oleh kekangan dasar dan perundangan sedia ada.

"PBDS menyeru semua pemilik tanah NCR agar datang ke pejabat kami dengan membawa maklumat lengkap dan dokumentasi berkaitan tanah masing-masing.

Kami akan mengumpul data ini sebagai asas kukuh untuk memperjuangkan hak mereka melalui rundingan rasmi dengan kerajaan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seruan ini dibuat susulan kenyataan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang sebelum ini menyatakan bahawa tanah NCR yang sedang dalam pertikaian mahkamah tidak akan diukur oleh kerajaan, manakala tanah yang tidak mempunyai sebarang pertikaian boleh diukur.

Mengulas lanjut, Dr Bayang berkata, kenyataan tersebut memperlihatkan perlunya satu mekanisme baharu yang lebih inklusif dan telus bagi menangani isu tanah NCR agar rakyat tidak terus terpinggir dan dinafikan hak mereka atas alasan teknikal mahupun kekosongan dokumentasi rasmi.

"PBDS tidak akan berdiam diri. Kami akan bergerak ke akar umbi untuk berdialog bersama pemilik tanah, mengumpul nama, dan membawa segala maklumat ini kepada kerajaan GPS di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang kini memegang tampuk kuasa di Sarawak bagi mencari penyelesaian terbaik," ujar beliau.

Menurut Dr Bayang, di bawah kepimpinan Presiden Mejar (B) Moses Ripai, PBDS kini mengambil pendekatan strategik dan holistik dalam mendepani isu-isu rakyat, khususnya berkaitan hak milik tanah adat yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Dayak sejak turun-temurun.

Beliau turut menyeru agar wakil rakyat Dayak dalam kerajaan GPS tampil lebih berani dan bertanggungjawab dalam memperjuangkan isu ini secara terbuka, kerana menurutnya, perkara ini bukan sahaja melibatkan hak perundangan, tetapi juga identiti, warisan dan maruah masyarakat Dayak.

"Ini bukan sekadar isu pemilikan tanah, ini isu kelangsungan hidup etnik Dayak. Hubungan antara komuniti Dayak dan etnik lain di Sarawak banyak bergantung kepada keadilan dalam hal pemilikan tanah adat ini,” tegas Dr Bayang.

Beliau juga mempersoalkan sejauh mana keikhlasan GPS dalam melindungi rakyat Sarawak apabila sering melaungkan semangat memperjuangkan hak negeri melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tetapi pada masa yang sama dilihat tidak memberi perhatian yang serius terhadap hak tanah rakyat asal negeri ini.

"Jika GPS benar-benar ikhlas mahu mempertahankan hak Sarawak, mereka mesti mula dengan melindungi hak rakyatnya sendiri. Jangan hanya ghairah menuntut semula kuasa negeri daripada persekutuan, sedangkan hak rakyat di tanah sendiri terus dinafikan,” katanya.

PBDS menegaskan bahawa penyelesaian kepada isu NCR memerlukan komitmen politik yang tulen, ketelusan pentadbiran, dan kesediaan untuk mendengar suara akar umbi.

PBDS akan terus memainkan peranan sebagai pemangkin dialog antara rakyat dan kerajaan demi keadilan sosial dan kesejahteraan jangka panjang rakyat Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.321104 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list