CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61|Reply: 0

[Sarawak] Hamden ketuai delegasi Sarawak ke Sumitomo Forestry, Tokyo

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode


Ketua Pengarah FFPRI, Tohru Nakashizuk (tengah kiri) dan Hamden (tengah kanan) dengan perwakilan dan syarikat-syarikat FFPRI.
KUCHING: Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad telah mengetuai delegasi Sarawak bagi lawatan penanda aras ke Sumitomo Forestry Tsukuba Research Institute (Sumitomo Forestry) di Tokyo, Jepun.

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dalam kenyataan hari ini berkata delegasi terdiri  daripada JHS, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) telah disambut oleh  Pengurus Besar Sumitomo Forestry, Takahashi.

Sumitomo Forestry merupakan institut terkemuka dalam bidang teknologi perhutanan, teknik kultur tisu, bio-penapisan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan penyimpanan karbon dan alam semula jadi.



Delegasi Sarawak mangadakan lawatan lapangan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Sumitomo.

Dalam aspek aktiviti hiliran, delegasi telah diberi taklimat mengenai kajian yang dijalankan oleh institut tersebut berkaitan penambahbaikan kekuatan dan ketahanan bahan kayu serta peningkatan prestasi papan berasaskan kayu.

Terdahulu pada 23 April 2025, delegasi Sarawak telah mengadakan lawatan ke Forestry and Forest Products Research Institute (FFPRI) di mana mereka telah menyertai program-program yang dijadualkan termasuk pembentangan kajian berkaitan kayu oleh FFPRI, eksperimen demonstrasi struktur kayu serta lawatan ke rumah kayu eksperimen.

Lawatan ini amat signifikan kepada para pemegang taruh dalam industri perkayuan dalam usaha untuk mengadaptasi teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang menekankan penggunaan teknologi automasi dan digital.

Jepun, sebagai pengimport utama palet kayu, telah memberi inspirasi kepada Sarawak tentang potensi besar industri palet kayu dan kayu terkejuruteraan dalam menjana tenaga hijau selaras dengan dasar tenaga hijau Kerajaan Sarawak dan visi ekonomi hijau Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.040907 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list