CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur edar dan miliki dadah kena 30 tahun dan 21 sebatan

[Copy link]
Post time 25-4-2025 08:32 AM | Show all posts |Read mode


Mah (kiri) diiringi keluar oleh pihak penjara dari Mahkamah Tinggi, Sibu hari ini setelah dijatuhi hukuman bagi pertuduhan mengedar dan memiliki dadah.

SIBU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun berserta 21 sebatan terhadap seorang penganggur atas satu pertuduhan mengedar dan lima pertuduhan memiliki dadah berbahaya, dua tahun lepas.

Hakim Wong Siong Tung menjatuhkan hukuman itu setelah menyabitkan tertuduh, Mah Kian Haur, 43, bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun berserta 12 sebatan terhadap tertuduh bagi pertuduhan mengedar 387.14 gram Methamphetamine, dan masing-masing penjara empat tahun berserta tiga sebatan bagi pertuduhan memiliki 7.74 gram dan 12.89 gram Methamphetamine.

Wong turut mengenakan hukuman penjara tiga tahun dan enam bulan berserta tiga sebatan terhadap tertuduh bagi satu lagi pertuduhan memiliki 31.06 gram Methamphetamine, di samping masing-masing penjara dua tahun bagi pertuduhan memiliki 0.57 gram dan 0.04 gram Nimetazapam.

Mahkamah mengarahkan Mah menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditahan iaitu 28 Februari 2023.

"Setelah mempertimbangkan keterangan secara keseluruhan seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah, mendengar keterangan saksi, meneliti bukti dan setelah membaca hujah bertulis Timbalan Pendakwa Raya dan peguambela bagi tertuduh, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes terhadap tertuduh tanpa keraguan munasabah bagi kesemua pertuduhan.

"Selain itu, tertuduh juga telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan dalam aspek material yang lain. Oleh itu, mahkamah mensabitkan tertuduh atas kesemua enam pertuduhan yang telah dikenakan terhadapnya," ujar Wong ketika membacakan keputusannya.

Mah terdahulu didakwa mengedar 387.14 gram Methamphetamine pada 28 Feb 2023, kira-kira jam 2.20 pagi di bilik sewa Jalan Theng Kung Suk, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Mah turut menghadapi lima pertuduhan memiliki Methamphetamine serta Nimetazepam, dan didakwa mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 ADB 1952. Dia didakwa memiliki 7.74 gram Methamphetamine, 0.57 gram Nimetazepam, 12.89 gram Methamphetamine, 31.06 gram Methamphetamine dan 0.04 gram Nemetazepam.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh pada 28 Februari 2023 di Jalan Lanang dan Jalan Theng Kung Suk, antara jam 1.55 pagi dan 2.20 pagi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto sementara Mah diwakili peguam Leong Lu Fei.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044256 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list