CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki diserang buaya berjaya menyelamatkan diri

[Copy link]
Post time 25-4-2025 08:29 AM | Show all posts |Read mode


Kesan gigitan dan cakaran pada badan mangsa serangan buaya di Sungai Kelabit, Bakong pada Selasa lalu. - Gambar Polis Marudi

MIRI: Berpantang maut sebelum ajal apabila seorang lelaki yang sedang memasang pukat telah diserang seekor buaya namun berjaya menyelamatkan diri dengan memukul dan mencucuk kepala reptilia ganas itu menggunakan sebilah parang.

Kejadian berlaku sekitar jam 4 petang, Selasa lalu di Sungai Kelabit, Bakong.

Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Jamil ketika dihubungi Utusan Borneo petang Khamis mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung insiden serangan buaya itu.

Katanya, laporan polis telah dibuat mangsa, 50, di Balai Polis Beluru pada jam 6.54 petang Selasa

Menurut beliau, sebelum kejadian mangsa sedang memasang pukat di muara anak sungai dalam kawasan kebunnya di Rumah Adin, Sungai Kelabit, Bakong apabila tiba-tiba diserang seekor buaya.

"Buaya itu telah menggigit paha kanan mangsa dan mengheretnya beberapa kali menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

"Mangsa kemudian berjaya menyelamatkan diri dengan memukul dan mencucuk kepala sang bedal tersebut dengan menggunakan sebilah parang," katanya.



Kesan gigitan dan cakaran pada badan mangsa serangan buaya di Sungai Kelabit, Bakong pada Selasa lalu. - Gambar Polis Marudi

Akibat kejadian itu kata Aizan, mangsa mengalami luka pada bahagian tangan kiri, paha dan lutut kanan serta bahagian perut sebelah kanan.

"Kawasan kejadian merupakan muara anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kelabit, Bakong dan terletak pada jarak 50 meter dari kawasan Rumah Adin.

"Manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Beluru untuk mendapatkan rawatan segera," ujar beliau lanjut.

Katanya, buaya yang menyerang mangsa dianggarkan berukuran 12 kaki panjang dan seberat lebih 400 kilogram serta buta mata kiri.

Tambahnya, sebelum ini penduduk di kawasan berhampiran mendakwa sering melihat kelibat buaya di kawasan anak sungai berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067654 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list