CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Uggah mahukan Betong yang lebih bersih, progresif dan maju

[Copy link]
Post time 25-4-2025 08:26 AM | Show all posts |Read mode


Uggah menyerahkan dokumen pelantikan sebagai Pengerusi MDB kepada Dr Richard. Turut kelihatan Setiausaha MDB Lister Clement Guwie.

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu Betong yang lebih bersih, progresif dan maju pada tahun-tahun akan datang dengan barisan pemimpin akar umbi baharu mesra rakyat.

Beliau juga manu potensi pelancongan di situ dimanfaatkan sepenuhnya sementara bangunan baharu Majlis Daerah Betong telah dicadangkan pembinaannya.

"Banyak yang perlu dilakukan oleh Majlis Daerah Betong mulai sekarang. Saya mahu pihak majlis merangka pelan dan strategi untuk bandar dan Daerah Betong yang lebih progresif dan maju serta bersih dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

"Untuk tujuan ini, kami sedang meneroka pilihan seperti pelupusan pengasingan sisa, kitar semula, pengkomposan dan juga penggunaan insinerator.

"Kita tidak boleh bergantung kepada tapak pelupusan sampah atau orang ramai menganggap sungai mereka sebagai tempat pembuangan sampah yang mudah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis angkat sumpah pengerusi baharunya dan 30 Ahli Majlis Daerah Betong (MDB) bagi sesi 2025-2028 di Betong, hari ini.

Ahli Parlimen Betong Datuk Dr Richard Rapu kini menerajui MDB.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata, Betong menawarkan pelbagai produk pelancongan yang menarik seperti keindahan alam semula, flora dan fauna, budaya, rumah panjang tradisional dan lain-lain.

Selain itu katanya, Betong akan mempunyai kesalinghubungan lebih baik menerusi jalan raya, lebih-lebih lagi apabila projek Lapangan Terbang Bebuling siap menjelang akhir tahun ini.

Uggah menambah, pembangunan kubu replika bernilai RM16 juta serta kemudahan pahlawan legenda Rentap di tapak asalnya di Bukit Sadok, Betong dijangka bermula tahun ini.

Mengenai cadangan pembinaan bangunan baharu MDB, beliau berkata perkara itu telah dikemukakan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya apabila siap nanti, bangunan baharu MDS itu akan menjadi stuktur ikonik di Betong.

Sementara itu, Uggah mengingat para ahli majlis MDB mereka adalah pemimpin di peringkat akar umbi dan ‘jambatan’ antara kerajaan dan rakyat.

"Kami (kerajaan) memerlukan bantuan anda untuk memaklumkan kepada rakyat tentang pelbagai dasar dan program bagi kesejahteraan dan peningkatan rakyat serta dalam menjana pendapatan yang lebih baik.

"Jadi adalah sangat penting untuk semua terus bekerja sebagai satu pasukan yang padu," katanya.

Mengenai perkara lain beliau berkata semua pengerusi majlis daerah di negeri ini kini akan dirujuk sebagai pengerusi dan bukannya wali kota seperti yang berlaku sebelum ini.

Dr Richard dalam ucapannya turut menasihati ahli-ahli Majlis di bawah pimpinannya berkhidmat dengan penuh dedikasi, telus dan berintegriti.

Beliau berkata apa sahaja keputusan yang dibuat mereka harus memberi manfaat kepada rakyat bukan diri sendiri atau mana-mana individu.

Majlis itu dihadiri ADUN Layar Datuk Gerald Rentap Jabu, Datuk Mohd Razi Sitam (ADUN Saribas), Razaili Gapur (ADUN Beting Maro), Mohamad Shafizan Kipli (Ahli Parlimen Batang Lupar), Residen Betong Richard Micheal Abunawas serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.170311 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list