'KECIL-KECIL cili padi' itu antara ungkapan bagi menggambarkan dua remaja perempuan ini kerana memperlihatkan aksi cemerlang ketika berlumba selain berpotensi untuk melangkah jauh di dalam bidang sukan permotoran negara.
Bakat luar biasa itu mendorong Daleela Dasuki, 14, dan Sophia Zara Mustaffa Kamal, 16, menceburi dunia drift dan perlumbaan kereta di litar.
Daleela
Anak sulung daripada dua beradik ini mencuba sukan permotoran itu kerana bapanya juga adalah seorang pemandu drift amatur di Malaysia.
"Ketika situasi itu, bapa melihat bakat saya boleh diketengahkan lagi lalu dia menempah 'railing seat' binaan khas untuk lebih selesa dan selepas itu mula belajar melakukan kemahiran pemanduan 'donut," katanya yang mengakui ada cabaran tersendiri.
Xpresi
'Licik si gadis lumba'
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my
description
DALEELA dan Sophia Zara miliki aura tersendiri ketika mula menceburi dunia permotoran dan perlumbaan kereta.
DALEELA dan Sophia Zara miliki aura tersendiri ketika mula menceburi dunia permotoran dan perlumbaan kereta.
'KECIL-KECIL cili padi' itu antara ungkapan bagi menggambarkan dua remaja perempuan ini kerana memperlihatkan aksi cemerlang ketika berlumba selain berpotensi untuk melangkah jauh di dalam bidang sukan permotoran negara.
Bakat luar biasa itu mendorong Daleela Dasuki, 14, dan Sophia Zara Mustaffa Kamal, 16, menceburi dunia drift dan perlumbaan kereta di litar.
Daleela
Anak sulung daripada dua beradik ini mencuba sukan permotoran itu kerana bapanya juga adalah seorang pemandu drift amatur di Malaysia.
Disyorkan
Tiada keterangan saksi Zaim, Ismanira pernah abai Zayn Rayyan
Harap bantu kajian selidik kami dan dapatkan baucar tunai
×
Berapakah jumlah pendapatan bulanan semua ahli isi rumah anda?
Kurang daripada RM3,500
RM3,500 - RM5,000
RM5,001 - RM8,000
RM8,001 - RM12,000
RM12,001 - RM16,000
Lebih daripada RM16,000
Tidak rela berkata
Masuk | Daftar
VPoints:
0
"Sejak kecil saya selalu dibawa menonton banyak acara drift selain sudah biasa berada di dalam jentera drift membuatkan saya rasa seronok dan ingin mencuba.
"Pada usia 11 tahun saya mula minta kebenaran bapa untuk belajar pandu kereta, namun ibu meminta saya bersabar kerana kaki saya masih belum sampai lagi ketika itu untuk menyentuh pedal," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Sebaik sudah mencapai 12 tahun, kakinya mampu mencapai pedal tapi perlu menambah pelapik tambahan pada kerusi untuk lebih selesa dan mula belajar drift sejak itu.
Dia mula belajar memandu jentera Nissan Cefiro klac perlumbaan dan ketika peringkat awal beberapa kali enjin kereta mati, namun selepas mendapat rentak Daleela semakin lancar dan yakin.
"Ketika situasi itu, bapa melihat bakat saya boleh diketengahkan lagi lalu dia menempah 'railing seat' binaan khas untuk lebih selesa dan selepas itu mula belajar melakukan kemahiran pemanduan 'donut," katanya yang mengakui ada cabaran tersendiri.
AKSI drift Daleela.
AKSI drift Daleela.
Peluang sekali lagi datang pada Februari tahun lalu apabila terdapat pihak mengadakan pemilihan untuk 'Female Drift Challenge (FDC)' dengan mencari pemandu drift wanita untuk acara National Drift Series (NDS) Malaysia dan salah satu ujiannya perlu melakukan 'donut.'
Selepas menghantar video kepada penganjur maka Daleela diterima untuk beraksi dan mula aktif sejak detik itu.
Meskipun selepas itu ada beberapa acara lain NDS, namun Daleela tidak dapat menyertainya kerana kesuntukan masa selain cabarannya bukan lagi 'donut' tetapi litar penuh (full layout) yang tidak begitu sesuai buatnya.
"Sehinggalah pada Jun 2024 ketika pusingan 2 FDC di Litar KLBase, saya menyertai acara kategori ProAm untuk 'disiplin figure8 challenge' dan mendapat tempat kedua daripada sembilan peserta," katanya.
Seterusnya Daleela menyertai banyak lagi acara drift selepas itu dan beraksi dalam cuaca panas dan hujan sekali gus memberikan pengalaman berbeza.
Lebih membanggakan, Daleela sering dijemput melakukan demonstrasi antaranya untuk Kelas Drift Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta acara Drift King Asia Pusingan 1 & 2 di Kuala Lumpur.
"Saya bersyukur mendapat sokongan daripada keluarga demi minat ini dan sentiasa akan berlatih bagi meningkatkan kemahiran serta sukan drif.
"Perancangan masa hadapan saya mahu menyertai banyak lagi acara drift full layout, bertanding di luar negara selain mahu melihat sukan ini lebih maju dan meriah di Malaysia," katanya.
Daleela juga berharap lebih banyak sokongan penaja dapat diperoleh bagi penganjuran lebih banyak acara drift di negara ini.
Sophia Zara
Mula mengenali dunia perlumbaan menerusi aktiviti go-kart pada usia lima tahun dan sejak itu terus aktif dalam aktiviti berkenaan.
Mendapat sumber inspirasi daripada kedua ibu bapanya yang juga pelumba kereta membuatkan Sophia Zara teruja untuk mencuba.
"Saya mula terbabit dalam perlumbaan go-kart pada usia tujuh tahun untuk peringkat kelab tempatan dan mula bersaing untuk saingan antarabangsa pada usia lapan tahun.
"Sering juga ke litar menemani ibu dan bapa saya yang berlumba, maka tersemat dalam hati yang suatu hari nanti saya ingin memandu jentera seperti mereka," katanya yang berketinggian 162 sentimeter (cm).
Tidak menunggu lama, pada usia 12 tahun, dia sudah mula berpeluang memandu kereta perlumbaan itu dan tidak lagi menoleh ke belakang dan meneruskan pembabitannya dalam sukan permotoran.
Sedikit demi sedikit dia meninggalkan dunia go-kart dan peralihan itu membuatnya Sophia Zarra mula menyertai perlumbaan US Legends Car Bondolero Race Championship pada 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan mendapat kedudukan kedua.
Dia kemudian belajar memandu di litar menggunakan jentera Toyota Vios dan kemudian terbabit dengan perlumbaan pertama pada 2024 yang menyertai Malaysia Championship Series (MSS) 300KM Race pusingan empat dan mendapat tempat keempat.
Selepas itu, dia juga menyertai perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) Endurance Race (Vios Enduro) dan mendapat kedudukan podium di tempat kelima.
"Pada peringkat awal memandu kereta saya perlu meletakkan pelapik tambahan pada kerusi kenderaan dan membiasakan diri menerusi pemanduan kereta transmisi manual," katanya.
Sebaik sudah mula serasi dengan jentera, Sophia Zarra mula mendapat rentak dan sejak itu bersaing dengan pelumba lain yang jauh lebih dewasa selain dia satu-satunya remaja wanita dalam dunia perlumbaan tempatan.
Menerusi perlumbaan itu membolehkan Sophia mendapat dua pengiktirafan dalam The Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai pelumba wanita termuda dan pelumba wanita termuda menamatkan perlumbaan dengan podium dalam perlumbaan endurance yang disahkan.
Tambahnya sebagai pelajar dia perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan aktiviti lain terutama jika ada latihan atau perlumbaan maka dia harus menyiapkan kerja sekolahnya lebih awal.
"Saya juga mempunyai jurulatih kecergasan peribadi selain mempunyai simulator pemanduan di rumah yang akan digunakan sebagai latihan bagi mengekalkan momentum prestasi," katanya yang juga pelajar Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur.
Sophia Zarra yang meminati mata pelajaran Sejarah berkata, dia sering mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakannya.
Untuk perancangan masa hadapan Sophia Zarra menyasarkan dirinya untuk menyertai Akademi F1 di Singapura selain menyertai perlumbaan MSS 2025 dan S1K dengan penamat podium. - HARIAN METRO
|