CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

[Kedah] PBT diarah laksana langkah kawal populasi anjing liar

[Copy link]
Post time 22-4-2025 03:35 PM | Show all posts |Read mode
PBT diarah laksana langkah kawal populasi anjing liar

Noorazura Abdul Rahmanam@hmetro.com.my





FOTO HIASAN.




Alor Setar: Kerajaan negeri mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan langkah berlandaskan undang-undang bagi mengawal populasi anjing liar bagi menjaga keselamatan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mansor Zakaria berkata arahan itu dikeluarkan susulan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah selepas diserang lima anjing liar di Kampung Dede, Kuah, Langkawi pada 1 Mac lalu.

"Saya telah mengarahkan PBT untuk menguatkuasakan undang-undang kecil sedia ada bagi menangani isu anjing liar di negeri ini.

"Jangan bimbang, saya di belakang anda semua kerana bagi kita keselamatan awam adalah sangat penting," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Amar Pared Mahamud ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Amar Pared bertanyakan mengenai langkah yang diambil kerajaan negeri bagi menangani isu anjing liar di Langkawi bagi memastikan keselamatan penduduk dan pelancong.

Mansor berkata berkata, walaupun keselamatan manusia diutamakan, PBT mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa menguruskan anjing liar.

Katanya, PBT tidak boleh mencederakan atau menyakiti haiwan berkenaan dalam proses berkenaan.

Menyentuh insiden dua anjing jenis Rottweiler menyerang dan mencederakan lima individu di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling, awal bulan ini, Mansor berkata kerajaan negeri sedang merangka garis panduan baharu yang mungkin melarang pemilikan baka anjing agresif di kawasan perumahan.

Sementara itu, Mansor berkata sebanyak 2,395 aduan kes anjing diterima pada 2024 di seluruh negeri.

"Kita terima 56 kes serangan anjing dan 24 gigitan. Bagi tahun ini hingga Mac, terdapat 550 aduan, dengan sembilan kes serangan dan empat gigitan.

"Antara langkah diambil bagi menangani isu ini termasuk rondaan berkala, pemeriksaan di kawasan perumahan, operasi tangkapan bersama Jabatan Veterinar, serta kempen pelesenan dan vaksinasi rabies.

"Langkah lain termasuk pelaksanaan kaedah TNR (tangkap, mandul, lepas), kajian populasi anjing liar, pensampelan penyakit rabies serta kempen kesedaran dan kebajikan haiwan kepada masyarakat," jelas beliau.

Bagi menangani isu di Langkawi, Mansor berkata Majlis Perbandaran Langkawi mempergiatkan operasi bagi mengurus kira-kira 2,090 anjing liar menjelang Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 yang dijadual berlangsung bulan depan dan dijangka menarik 400,000 pengunjung.

Beliau berkata pihak majlis turut bekerjasama dengan Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia (Ecomy) untuk melaksanakan TNR.

Katanya setakat ini, kira-kira 800 anjing sudah dimandulkan di bawah inisiatif berkenaan.



Disiarkan pada: April 22, 2025 @ 3:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1210458/pbt-diarah-laksana-langkah-kawal-populasi-anjing-liar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.044457 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list