Berbogel & meniarap di Jalan, aksi lelaki cetus tanda tanya
Zuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.my

Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki berbogel dan beraksi tidak senonoh. FOTO TULAR
Georgetown: Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki berbogel dan beraksi tidak senonoh tular di media sosial.
Video berdurasi lebih satu minit itu memaparkan lelaki berkenaan yang tidak berpakaian meniarap di atas jalan, di hadapan sebuah perumahan yang didakwa di Jalan Perak di sini.
Lelaki itu kemudian dilihat memakai semula pakaiannya serta cuba membuka pagar perumahan, sebelum beredar.
Difahamkan, lelaki berusia 30-an itu tidak dikenali penduduk dan berada dalam keadaan mencurigakan malah dikatakan pernah melakukan perkara sama sebelum ini.
Menerusi komen pada hantaran video tular itu, warganet percaya lelaki berkenaan mungkin mengalami masalah mental.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum terima laporan berhubung kejadian.
Disiarkan pada: April 22, 2025 @ 3:23pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1210466/berbogel-meniarap-di-jalan-aksi-lelaki-cetus-tanda-tanya
|