CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 0

Pelancongan Korea Selatan semakin 'Muslim-friendly', sedia hijab rona sedondon buat pelanggan gayakan 'hanbok'

[Copy link]
Post time 21-4-2025 09:53 PM | Show all posts |Read mode


KOREA Selatan terus menunjukkan komitmen dalam menjadikan negaranya sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim.


Terbaharu, butik pakaian tradisional terkenal, Daehan Hanbok memperkenalkan inisiatif menyediakan tudung sedondon untuk pelanggan wanita Muslim yang ingin mengenakan hanbok.


Kedai tersebut yang sering menjadi pilihan pelancong dari Malaysia menawarkan pelbagai pilihan hanbok dengan varieti warna untuk disewa atau dibeli.


Inisiatif itu mendapat perhatian ramai selepas satu video dimuat naik di laman rasmi TikTok mereka, Daehan Hanbok.


Dalam video tersebut, seorang lelaki dikenali sebagai Chan berkata, pihak kedai mula menyediakan tudung yang sepadan dengan hanbok bagi memudahkan pelanggan Muslimah menggayakan busana tradisional Korea itu dengan lebih yakin.


“Kami melihat ada pelanggan wanita berhijab yang mengalami kesukaran memadankan tudung yang dibawa dari rumah dengan warna hanbok yang tersedia di butik.


"Disebabkan itu, kami mula menyediakan pilihan tudung yang sesuai dengan warna hanbok agar penampilan mereka kelihatan lebih sedondon," jelas Chan.


Langkah itu bukan sahaja memudahkan pelanggan membuat pilihan, malah turut menjadikan pengalaman mengenakan hanbok lebih menyeronokkan.


Rata-rata pelancong terutamanya dari Malaysia dan Indonesia menyambut baik inisiatif tersebut dan memuji kepekaan pihak Daehan Hanbok terhadap keperluan pelanggan Muslim.


Menjengah ke ruangan komen, ramai pelancong terutamanya dari Malaysia dan Indonesia memuji inisiatif itu.


"Wow! Saya sangat menghargai promosi hanbok di butik Daehan Hanbok yang begitu menitikberatkan apa yang diperlukan oleh pelancong Muslim.


"Sebagai pemandu pelancong, saya akan mengesyorkan hanbok di sini kepada pelanggan saya yang ingin menyewa pakaian tradisional Korea itu," tulis Aulia Kim.


"Lihatlah betapa baik dan mesranya layanan mereka kepada pelancong Muslim! Akan pergi ke tempat anda pada masa hadapan," tulis Lana.


"Terima kasih banyak kerana memikirkan butiran kecil seperti ini, keprihatinan anda terhadap pelancong wanita Islam sangat bermakna. Saya akan mengesyorkan hanbok daehan kepada rakan-rakan saya yang akan melancong ke Korea," tulis Astried. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.174991 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list