CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 86|Reply: 0

[Sarawak] Pecah amanah: Bekas pembantu jururawat dihukum penjara

[Copy link]
Post time 21-4-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 2 oleh anggota polis dan disaksikan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Lai Hwa Yen dan Peguam Bela Athur Liang Dawat.

KUCHING: Seorang bekas pembantu jururawat dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan pecah amanah wang kutipan pembayaran perkhidmatan ambulans milik Kuching Life Care Society sejumlah RM5,790.

Bonia Matthew, 32, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pecah amanah kutipan wang pembayaran berjumlah RM1,530 daripada seorang pelanggan lelaki berusia 67 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu, di pejabat terbabit di Jalan Foochow 1, antara 12 Mac 2024 hingga 5 Mac 2025.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan pecah amanah wang bernilai RM4,260 yang merupakan wang pembayaran ambulans oleh seorang pelanggan berusia 57 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di pejabat pertubuhan yang sama, antara 9 Februari 2024 hingga 19 Mac 2025.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun, dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika disabit bersalah.

Afidah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun masing-masing bagi setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas Bonia.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak berkuat kuasa hari ini.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan wakil pertubuhan tersebut membuat laporan polis mengenai seorang pembantu jururawat yang melakukan pecah amanah jenayah kerana tidak menyerahkan kutipan bayaran perkhidmatan ambulans.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadzri Azham Zainudin, manakala tertuduh diwakili Peguam Athur Liang Dawat.

Kes disiasat oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Lai Hwa Yen dan Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Steven Kamarau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.041942 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list