CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas melecur, dua lagi selamat dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 21-4-2025 10:00 AM | Show all posts |Read mode




Kebakaran yang memusnahkan rumah tambahan berstruktur separuh kekal di Taman Medan Ginseng di Jalan Sibiyu awal pagi tadi.

BINTULU: Seorang warga emas lelaki berumur 65 tahun melecur pada bahagian belakang setelah rumah sambungan yang dibina bersebelahan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Medan Ginseng di Jalan Sibiyu, di sini yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dalam kebakaran itu, mangsa bersama dua lagi penghuni yang tinggal di rumah sama terselamat dalam kebakaran yang berlaku.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden sekitar jam 3.49 pagi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta memadam kebakaran," ujarnya.

Sampai di lokasi ujarnya, pasukan bomba menyasarkan api sedang marak memusnahkan sebuah rumah berstruktur tambahan jenis separuh kekal yang bersambung dengan sebuah rumah teres jenis dua tingkat berstruktur kekal.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran yang berlaku dengan menggunakan satu aliran air yang mana sumber air diperoleh dari pili bomba berdekatan.

"Setelah hampir dua jam memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal jam 4.53 pagi," jelas beliau.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya diserahkan kepada pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Bintulu bagi diberikan rawatan lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044148 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list