CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73|Reply: 0

[Sarawak] Tarif AS: PM Anwar ingatkan semua jentera kerajaan bersiap sedia hadapi ketidaktentuan ekonomi global

[Copy link]
Post time 21-4-2025 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-4-2025 09:35 AM



Anwar bersama Abang Johari dan Fadillah menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak 2025 di Wisma Bapa Malaysia. - Gambar Facebook Perdana Menteri

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua jentera kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri bersiap sedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Sarawak 2025 di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Sabtu.

"Pada mesyuarat ini, saya mengulangi perlunya semua jentera kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri untuk bersiap sedia dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat.

"Segala perancangan harus segera diterjemahkan ke dalam pelaksanaan bagi memperkukuh daya tahan dalaman ekonomi negara terhadap sebarang kejutan atau tindakan luar yang mengganggu kelestarian kita.

"Saya juga mendengar pembentangan berkenaan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak dan insentif cukai Bank Pembangunan Sarawak yang berpotensi mengukuhkan ekonomi negeri serta menjana banyak manfaat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Anwar berkata, mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju dan keutamaan projek pembangunan di Sarawak agar diselaraskan dengan perancangan Persekutuan.

"Semoga usaha bersama ini terus menyuburkan kemakmuran dan kesejahteraan seluruh warga Bumi Kenyalang," tambahnya.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof dan kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Perdana Menteri dalam siri lawatan kerja sehari ke Sarawak yang menyaksikan beliau menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Sarawak di Stadium Perpaduan di sini selesai mempengerusikan mesyuarat khas itu.

Beliau kemudiannya mengadakan kunjungan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Wisma SABATI sebelum berangkat pulang ke ibu negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.071924 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list