CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63|Reply: 0

[Sarawak] Rundingan kembalikan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sarawak, Sabah hanya satu formaliti

[Copy link]
Post time 21-4-2025 09:31 AM | Show all posts |Read mode


Ibrahim menerima menerima perhiasan Hari Raya daripada dron ketika merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 3 PBB Satok pada Jumaat. Turut kelihatan isterinya, Datin Noor Akmar (dua kiri).

KUCHING: Rundingan untuk mengembalikan satu pertiga kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah hanya satu formaliti.

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Ibrahim Baki yang menambah, rundingan tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

"Sebelum pembentukan Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah berjanji, Sarawak dan Sabah diberikan perwakilan satu pertiga di Parlimen dan ini telah dilaksanakan.Ini satu jaminan dalam perlembagaan di mana undang-undang tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan kita.

"Apabila Singapura keluar dari Persekutuan, jaminan itu sepatutnya dikekalkan. Maka, tiada isu rundingan sama ada kita boleh mendapat kembali kerusi itu, tiada apa yang perlu dirundingkan kerana ia satu jaminan Perlembagaan yang wajib," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 3 PBB Satok di sebuah hotel di sini, pada Jumaat.

Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Emergy dan PETROS) berkata, peruntukan satu pertiga perwakilan di Parlimen mesti diberikan kepada Sarawak dan Sabah.

"Sarawak dan Sabah mesti menuntut haknya. Rundingan hanyalah soal formaliti atau proses. Apa yang telah termaktub (dalam MA63 dan IGC) mestilah dilaksanakan," ujarnya lagi.

Beliau menambah, pelaksanaan hak yang termaktub dalam MA63 merupakan antara teras perjuangan utama PBB yang akan terus diperjuangkan dalam kapasiti baharunya sebagai naib presiden parti.

"Dengan jawatan yang lebih tinggi, tanggungjawab juga lebih besar. Saya yakin saya mampu memikul tanggungjawab yang diberi dengan sokongan anda semua, rakyat di PBB Satok.

"Di PBB satok, kita bekerja sebagai satu pasukan dan melengkapkan perjuangan kita, terutamanya dalam memperjuangkan hak Sarawak yang telah terhakis sama ada secara sengaja atau tidak," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066857 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list