CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 64|Reply: 0

[Sarawak] PM Anwar iktiraf Sarawak sebagai penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi Malaysia

[Copy link]
Post time 20-4-2025 02:06 PM | Show all posts |Read mode


Anwar disambut meriah sebaik tiba pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak yang dihadiri rakyat pelbagai bangsa, agama dan peringkat usia di Stadium Perpaduan, Petra Jaya hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf Sarawak sebagai penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi Malaysia, khususnya dalam sektor pendidikan, perindustrian, tenaga dan pembangunan gas.

Beliau berkata, pembangunan pesat yang dikecapi Sarawak kini telah meletakkan negeri ini antara yang terbaik di Malaysia.

"Ke mana-mana negara yang saya pergi, baik sahaja di Eropah, China atau Jepun, mahupun di Asia Tenggara, kita melihat Sarawak mempunyai potensi yang besar sebagai hab tenaga serantau. Jadi, Sarawak itu menjadi pusat tumpuan kita.

"Ada negeri lain yang mencatat kemajuan lebih awal dan memainkan peranan dalam pembangunan negara.

"Tetapi seperti yang saya sebutkan, setelah taklimat negeri tadi, Sarawak satu-satunya negeri yang menggunakan  dana sendiri secara meluas untuk membina infrastruktur asas seperti jambatan, lebuh raya dan bekalan air, tanpa bergantung sepenuhnya kepada peruntukan persekutuan.

"Justeru, saya ucapkan terima kasih kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas perkara ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Sarawak serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, hari ini.

Menurut Anwar, kejayaan Sarawak itu disebabkan iklim politik yang stabil serta kepimpinan berwawasan yang sentiasa menerima idea baharu serta komited mencungkil bakat-bakat tempatan.

Jelasnya, Malaysia harus bergerak hadapan dengan Sarawak menjadi enjin penggerak utama pembangunan negara.


Anwar bersama Abang Johari dan tetamu kehormat lain semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Sarawak hari ini. - Gambar Chimon Upon

"Oleh itu, kita di peringkat Kerajaan Persekutuan perlu sentiasa menyokong usaha inovatif dan pendekatan berfikiran jauh oleh Sarawak.

"Kita mesti tingkatkan kualiti pendidikan, latihan dan penyelidikan. Kita perlukan pemikiran baharu.

"Misalnya, tadi kita baru sahaja diberi taklimat tentang hala tuju jangka panjang negeri ini, dari segi tenaga, gas dan keupayaan untuk bangunkan negeri termasuk pembinaan prasarana baru," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menggesa agar usaha-usaha Sarawak yang positif itu diteruskan demi pembangunan negara dan kepentingan rakyat.

Katanya, pandangan dan cadangan daripada kerajaan Sarawak perlu dijadikan panduan dalam perancangan masa depan.

"Malaysia bersama Sarawak dan negeri-negeri lain harus sentiasa berfikir ke hadapan, jadi peliharalah hubungan erat ini dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama," katanya.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Khas serta Taklimat Pembangunan Sarawak 2025 di Wisma Bapa Malaysia yang turut dihadiri Abang Johari, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof dan Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.100849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list