
Sebahagian daripada ahli-ahli SGC yang hadir sama dalam memeriahkan Majlis Raya Aidilfitri SGC 2025.
SARIKEI: Kelab Rekreasi dan Sukan Goyang Sarikei (SGC) telah menganjurkan Majlis Raya Aidilfitri SGC 2025, semalam.
Presiden SGC, Haslie Umar berkata, program ini telah berlangsung di salah sebuah hotel dekat sini.
"Seramai 50 orang ahli SGC berdaftar telah hadir sama dalam memeriahkan majlis ini.
"Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara ahli dan memberi peluang dan ruang untuk ahli-ahlinya bermaaf-maafan.
"Dalam majlis ini juga, kita telah menganjurkan pertandingan yang bertemakan 'Busana Melayu Klasik'.
"Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk mengangkat lagi Busana Melayu Klasik agar tidak tenggelam di arus permodenan," kata Haslie kepada media, semalam.
Menurut Haslie, terdapat empat kategori telah di pertandingan dalam aktiviti ini, iaitu perempuan dewasa, lelaki dewasa, perempuan remaja dan lelaki remaja.
Tambahnya, terdapat pertandingan lain turut diadakan dianjurkan pada majlis ini.
"Antaranya ialah pertandingan lakonan filem Melayu Klasik dalam kumpulan, pertandingan nyanyian lagu raya. anugerah keluarga sporting dan pertandingan tarian dan poco-poco raya.
"Selain itu juga, majlis ini turut diserikan dengan aktiviti cabutan tiket bertuah.
"Ke semua pemenang pada pertandingan ini telah menerima hadiah berupa piala dan juga hamper," jelas Haslie lagi.
|