CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

[Sarawak] Kes kelima pendermaan organ di Hospital Miri

[Copy link]
Post time 18-4-2025 11:35 AM | Show all posts |Read mode


Kad ikrar untuk menderma organ yang dikongsikan di FB rasmi Hospital Miri semalam.

MIRI: Hospital Miri menyaksikan satu detik bermakna apabila pembedahan pendermaan organ telah berlangsung melibatkan mendiang pesakit lelaki berusia 43 tahun.

Sumber laman rasmi Facebook Hospital Miri memberitahu, mendiang merupakan pengikrar penderma organ yang berdaftar sejak tahun 2014 dan hasrat mulianya kini menjadi kenyataan.

"Beliau telah menghadiahkan buah pinggangnya kepada pesakit yang memerlukan," jelas kenyataan itu.  

Pembedahan pemindahan pendermaan buah pinggang itu melibatkan pakar bedah dari Hospital Umum Sarawak iaitu Dr Aaron Goh dan Dr Kamal Raj.

Pasukan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) yang terdiri daripada Dr Engku Emilia Engku Awang, SN Mohammad Aliff Abdullah dan dua jururawat urologi iaitu Siti Zulaikha Md Sidek dan Liz Estevera Gabin turut membantu operasi tersebut.

Selain itu, Dr Uma Devi Ramadass daripada Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) Hospital Umum Sarawak dan Top Team Hospital Miri juga terlibat dalam usaha menjayakan operasi.

"Ini merupakan pembedahan pemindahan organ yang pertama di Sarawak pada tahun 2025 dan kes pendermaan organ yang kelima bagi Hospital Miri," jelas kenyataan itu lagi.

Hospital Miri ingin menyampaikan salam takziah dan penghargaan setinggi-tingginya kepada isteri dan keluarga mendiang.

Pada saat yang sukar, mereka telah membuat keputusan penuh keberanian dan keikhlasan untuk membenarkan organ mendiang didermakan.

Keputusan besar itu merupakan tanda cinta dan kasih sayang yang mendalam serta hasrat untuk memberi harapan dan kehidupan baharu kepada orang lain.

Tindakan mulia itu memberi impak yang sangat bermakna dan dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.096980 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list