
Safiee (tiga kanan) pada Majlis Penangguhan Kursus Woman Skills Training (WST) Outreach @ Daro di Dewan Masyarakat Daro, semalam. - Gambar DUN Daro
DARO: Golongan wanita sebagai tunjang penting dalam pembangunan komuniti diseru agar merebut peluang dan manfaat daripada fasiliti-fasiliti yang bakal disediakan kerajaan menerusi pelbagai projek pembangunan di kawasan Daro.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, antaranya ialah Anjung Usahawan Daro dan Bangunan Pasar Tani Kekal yang bakal menjadi platform strategik kepada para usahawan tempatan untuk berkembang.
"Melalui program seumpama ini, kita bukan sahaja melatih mereka dengan kemahiran praktikal, malah membina keyakinan dan daya saing untuk berjaya dalam bidang keusahawanan," katanya.
Safiee berkata demikian pada Majlis Penangguhan Kursus Woman Skills Training (WST) Outreach @ Daro di Dewan Masyarakat Daro, semalam.
Program tersebut anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Pusat Khidmat DUN N.43 Daro serta Exco Pergerakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.43 Daro.
Program tersebut turut diserikan dengan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan wanita dalam masyarakat.
Pada majlis tersebut, Safiee turut menyampaikan sumbangan dana kepada Biro Wanita Kawasan Daro bagi menyokong penganjuran aktiviti-aktiviti mereka.
Turut hadir ialah Pengarah JWKS Yeo Kian Hin, Setiausaha Politik Premier Sarawak Fridah Osman, wakil Pegawai Daerah Daro Yusuf Hossen serta Ketua-Ketua Masyarakat Tanah Besar Daro dan para Exco PBB Cawangan Daro.
|