CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 70|Reply: 0

[Sabah] Polis siasat klip video tular kejar pencuri kabel

[Copy link]
Post time 17-4-2025 11:43 PM | Show all posts |Read mode


TULAR: Rakaman tular membabitkan sekumpulan individu mengejar sebuah kereta disyaki terbabit cubaan curi kabel di Jalan Tuaran Bypass, di sini, baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Polis menjalankan siasatan berhubung klip video tular membabitkan sekumpulan individu mengejar sebuah kereta disyaki terbabit cubaan curi kabel di Jalan Tuaran Bypass, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya terkesan dengan satu klip video berdurasi 44 saat yang tular di media sosial.

"Polis sudah memulakan siasatan berhubung klip video berkenaan dan rakaman itu dipercayai berkaitan dengan satu kejadian cubaan mencuri kabel yang berlaku di daerah ini.

"Kereta jenis kompak yang tular dalam video itu dikenal pasti sebagai kenderaan yang digunakan oleh suspek yang disyaki terbabit dalam kes kecurian kabel berkenaan," katanya dalam kenyataan media di sini.

Kasim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kemudahan awam.

"Polis memandang serius tindakan sedemikian dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti semua individu yang terbabit serta motif kejadian.

"Dalam masa yang sama, orang awam dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menyalahi undang-undang seperti mencederakan suspek atau mengambil bentuk tindakan fizikal," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu untuk tampil memberi kerjasama dengan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu atau menghubungi talian 088-529222 bagi membantu siasatan.

"Segala maklumat yang diterima akan dirahsiakan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.073649 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list