
Robinson (tiga kanan) bersama ahli-ahli Teresang Dayak Sarawak menyerahkan sumbangan kepada Jaqueena di Miri pada Selasa.
SIBU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Iban Sibu (Teresang Dayak Sarawak) telah menziarahi keluarga mendiang Laurence Uri atau lebih dikenali sebagai 'Papa Rock' di Tudan, Miri pada Selasa.
Presidennya Robinson Corey berkata kunjungan itu turut disertai ahli-ahli dari bahagian Julau, Miri dan Sibu.
"Mendiang tidak asing lagi dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sentiasa komited bersuara mempertahankan hak-hak Dayak.
"Kehilangannya sungguh terasa kepada NGO-NGO Dayak dimana sumbangannya selama ini amat dihargai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Robinson memberitahu, pihaknya turut menghulurkan sumbangan dalam bentuk tunai kepada keluarga mendiang yang diwakilinya anaknya, Jaqueena Laurence.
"Diharap keluarga mendiang terus tabah menghadapi dugaan ini dan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka serta mempermudahkan segala urusan mereka," tambahnya lagi.
|