CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 85|Reply: 0

[Sarawak] Transisi Sarawak ke arah digitalisasi pemangkin ke arah transformasi dinamik

[Copy link]
Post time 17-4-2025 09:02 AM | Show all posts |Read mode


Antara peserta Kongres Juruukur Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) Sarawak 2025 hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Transisi Sarawak ke arah digitalisasi menjadi pemangkin dalam memacu wilayah ini ke arah transformasi yang dinamik pada masa depan.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak Datu Lester Matthew berkata, peralihan ini bukan sahaja mewujudkan peluang ekonomi yang baharu tetapi turut meningkatkan produktiviti dan memperkukuh daya tahan jangka panjang wilayah ini.

“Menyokong usaha ini, Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030 (SDB 2030) menyediakan pelan hala tuju untuk merealisasikan visi tersebut melalui pendigitalan merentas sektor, meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan mewujudkan peluang ekonomi yang lebih inklusif serta bersedia untuk masa depan.

“Komitmen kita terhadap transformasi digital melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan SDB 2030 bukan sekadar hala tuju dasar tetapi sebagai langkah strategik yang meletakkan kita di barisan hadapan perubahan global sambil menangani cabaran tempatan secara langsung.

“Di seluruh dunia, kita dapat lihat bagaimana negara-negara yang menerima pakai pendigitalan muncul sebagai peneraju dalam aspek daya tahan, inovasi dan daya saing. Maka, mesejnya jelas — ekonomi digital bukan satu pilihan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Kongres Juruukur Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) Sarawak 2025 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu peralihan kepada ekonomi berasaskan digital ini akan membuka lembaran baharu yang baik dalam dunia pekerjaan mahupun perniagaan.

“Ini bermakna ribuan pekerjaan bernilai tinggi akan tercipta, pelaburan baharu dalam inovasi, kecerdasan buatan (AI), teknologi pintar dan meletakkan Sarawak sebagai pesaing digital yang serius di rantau Asia.

“Dengan memberi tumpuan kepada inovasi digital, pembangunan bakat dan pengembangan infrastruktur, kita bukan sahaja membina ekonomi yang lebih kukuh, malah kita juga memastikan kelestarian global dan memastikan rakyat kita bersedia untuk masa depan,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.054707 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list